Nora terkenang arwah suami ketika mendakap cucu
Pertama kali menyambut cucu, perkara yang terlintas di fikiran penyanyi Nora Ariffin ialah arwah suaminya, komposer Johan Nawawi yang tidak sempat berkongsi detik bermakna itu.
Katanya, jika Allahyarham masih hidup, pasti dia menjadi orang yang paling gembira menyambut kelahiran Ayden Johan.
“Segala puji hanya bagi Allah, saya amat gembira dan raya bersyukur di atas kurniaan ini. Hanya Allah yang tahu, 26 Ogos, hari bersejarah, Pa (gelaran untuk Johan), kita dah dapat cucu.
“Kalau abang masih hidup, mesti abang gembira sangat. Bayi selamat, sihat, semangat, comel dan macam Iman.
“Sama macam kita sambut Iman,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Lebih menyentuh perasaan, Nora turut memasang harapan agar cucunya itu mengikut keperibadian datuknya yang kuat agama.
"Wan nak Ayden jadi anak yang baik dan soleh ye macam arwah datuk," katanya.
Cucu yang dilahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu adalah permata hati kepada anaknya, Muhammad Syakir Iman dan isterinya, Putri Eilya Sofea.
Johan meninggal dunia akibat sakit jantung 24 Mac 2014.
Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan sempat orang cahaya mata.
Penyanyi Secebis Harapan itu tidak mampu menyembunyikan rasa syukur dengan anugerah bermakna yang diharap dapat membawa sinar baru dalam keluarga.
"Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
"Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar… Allahuakbar...
"Wan (nenek)... gembira dan sangat teruja," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai