Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Penyanyi Poe meninggal dunia

Penyanyi Poe meninggal dunia hari ini pada usia 64 tahun. Isterinya, Nor Aisyah Zakaria dipetik Mstar berkata Poe menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan hati.

"Sebenarnya minggu lepas, dia sudah dimasukkan ke Hospital Selayang dan kelmarin doktor baru benarkan balik rumah tapi semalam keadaan kesihatan dia agak merosot," katanya.

Poe penyanyi raggae tempatan yang popular dengan lagu "Ala ala tok jangan saman." 

Poe pernah menganggotai kugiran Rampa pada pertengahan 1980an dan sempat merakamkan beberpa album, antaranya Dunia Materialistik (1984) dan Apa Macam? (1985).

Dalam perkembangan berkaitan, penyair Pyanhabib Rahman membuat hantaran mengenai pemergian Poe, berkata allahyarham seorang kawan yang sudah dikenalinya sejak tahun 1970an.

Menurut Pyanhabib "Poe asalnya pelukis kartun. Poe seorang yang humour, kartun-kartunnya humour. Stroknya cantik."

"Berpuluh tahun, Poe adalah pemuzik reggae," katanya.

Jelas Pyanhabib lagi, ketika kali terakhir bertemu penyanyi itu, Poe sedikit uzur.

"Hari ini, Allah mengambil dia di Jumaat yang mulia," katanya lagi.