'Tulang sumsum pecah, ya Allah selamatkan mak aku'
Vokalis kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR), Joey berdoa agar keadaan ibunya yang kritikal selepas tulang sumsum pecah dapat diselamatkan.
Melalui hantaran di Facebook, Joey berkata, ibunya itu kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
“Mak aku kritikal, tulang pecah, sum-sum dah melimpah keluar. Kini berada dalam zon merah. Mild Heart Attack. Ya Allah, selamatkanlah mak aku.
“Aku dah tak mau apa-apa dalam dunia ni, aku cuma nak mak aku selamat. Tak sanggup tengok dia menderita kesakitan,” katanya yang bersyukur kerana ramai turut mendoakan yang terbaik untuk ibunya itu.
Joey atau nama asalnya Johari Mat Rozekhi (gambar, bawah) sebelum itu meluahkan perasaan juga dalam Facebook bagi berkongsi nasib dirinya.
“Ntah (entah) apa malang nasib menimpa aku. Aku dah berusaha yang terbaik untuk mak aku. Aku dah letakkan tempat yang terbaik, pembantu terbaik dan tukang masak terbaik.
“Namun, malang menimpa. Mak aku jatuh, patah tulang dimasukkan ke wad. Harap dapat doakan yang terbaik untuk mak aku.
“Kadang-kadang aku berdoa Ya Allah, kau cabutlah nyawa aku. Aku tak sanggup nak tengok penderitaan sebegini,” katanya.
Perkongsian itu mengundang reaksi ramai peminat yang mendoakan agar ibunya segera sembuh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai