Zizan: Kalau jodoh dengan Bella takkan saya nak tolak
Walaupun Zizan Razak mengakui hubungannya Bella Astillah cuma sekadar rakan namun dia tidak menolak sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi dan pelakon itu.
Katanya, sebagai umat Islam, dia akur urusan jodoh ketentuan Allah.
"Demi Allah, wallahi saya berkawan betul-betul dengan dia (Bella).
"Tapi soalan yang bagus. Kalau kata dia jodoh saya, takkan saya nak tolak pemberian Allah?” Katanya.
Zizan ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kau Takkan Tahu itu berkata Bella seorang yang baik dan lemah lembut.
Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi selebriti yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz namun pasangan itu telah berpisah pada Mei lalu.
Menurut Zizan, mana-mana lelaki pun akan mudah tertambat hatinya dengan sikap yang dipamerkan ibu kepada Mohamad Ayden Adrean itu.
"Dia memang seorang yang baik dan lemah lembut. Mana-mana lelaki akan suka (Bella),” jelasnya.
Mengenai hubungannya dengan pelakon berasal dari Sabah itu, Zizan berkata sekiranya sedang dilamun cinta, dia tidak akan berkongsi sebarang perkembangan hubungan romantisnya di media sosial.
“Kalau saya ada apa-apa dengan si dia saya takkan kongsi di Instagram saya. Jadi kalau berkawan, baru saya berani kongsikan,” katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai