KOLUM | UAE-Israel, satu kombinasi
Pada 15 September 2020, Perjanjian Perdamaian Abraham yang bersejarah antara UAE dan Israel ditandatangani di laman Rumah Putih.
Ia menjadikan UAE sebagai negara Arab ketiga yang menormalkan hubungan dengan Israel selepas Mesir dan Jordan.
UAE juga merupakan negara pertama dari enam negara Teluk Arab yang melakukannya.
Saya tinggal di UAE selama 18 tahun dan pernah ke Israel. Hubungan UAE dan Israel tidak mengejutkan.
Saya bernasib baik mendapat strok dan meninggalkan UAE dua tahun empat bulan lalu dengan kecacatan.
Saya pernah menjadi CEO empat buat syarikat UAE dan pengurus pelbagai syarikat di Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah.
UAE memulakan perjalanan Arab-Israel yang lebih dekat mengenai isu-isu strategik dan peluang ekonomi.
Perjanjian itu juga berpotensi besar untuk mendorong perdamaian antara rakyat kedua negara, selain merancakkan bidang pelancongan, perdagangan, pelaburan dan peluang perniagaan.
UAE secara konsisten menunjukkan pendekatan progresifnya, kesediaan melakukan penyesuaian diperlukan dan terkehadapan dalam inisiatif kekayaan dan peluang pertumbuhan rakyat.
UAE boleh meninggalkan Palestin selamanya untuk dunia baru yang lebih baik. Begitu kata pemimpinnya.
Anggaran awal menunjukkan bahawa normalisasi hubungan tidak lama lagi dapat menyaksikan perdagangan dua hala melebihi AS$10 bilion.
Menjadi dua pusat kuasa ekonomi utama di Timur Tengah akan membantu dalam sektor seperti bioteknologi, keselamatan, pertanian, pendidikan dan tenaga.
Ini juga memberi UAE peluang untuk berkolaborasi dalam bidang teknologi dan perawatan kesihatan dengan Israel dalam memerangi Covid-19.
Bagi Israel, menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan negara-negara Arab telah lama menjadi tujuan strategik.
Ini menandakan penerimaan yang lebih besar di Timur Tengah dan potensi untuk lebih banyak hubungan komersial bagi sebuah negara yang hingga kini menjalankan sedikit perniagaannya.
Jambatan penting ke Teluk
Keputusan berani UAE dapat memberi syarikat Israel jambatan penting ke wilayah Teluk yang lebih luas.
UAE terkenal kerana usahanya menarik inovasi dalam bentuk inkubator permulaan, peraturan properniagaan dan infrastruktur IT dan logistik bertaraf dunia.
Ini memberikan peluang yang ideal bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan apa yang ditawarkan oleh satu sama lain.
UAE, AS dan Israel telah menubuhkan Dana Abraham bernilai AS$3 bilion untuk membantu merangsang pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta.
Dalam sektor perbankan, bank UAE dan Israel yang besar mulai bekerjasama antara satu sama lain.
Pada 20 Oktober 2020, UAE dan Israel bersetuju untuk mengecualikan syarat visa pelancongan bagi kedua-dua negara.
Ini dibuat berdasarkan pandangan bahawa pergerakan bebas akan memberikan faedah kepada ekonomi Israel dan UAE.
Perkembangan terbaru yang paling menarik, Flydubai - syarikat penerbangan tambang murah - mengumumkan akan menjadi syarikat penerbangan UAE pertama yang mengendalikan penerbangan dari Dubai ke Israel.
Laluannya dilancarkan pada 26 November 2020.
Israel juga akan terlibat dalam World Expo 2020 Dubai, yang kini dijadualkan bermula Oktober 2021.
Langkah berani UAE untuk mengubah jadual, mengubah sejarah dan bias masa lalu, dan melihat masa depan, menunjukkan pendekatan progresif dan properniagaan.
Ia didorong oleh kepemimpinan yang menjaga negara seperti seorang CEO, dan bukannya ahli politik.
Inilah yang membezakan mereka.
MOHD FUDZAIL MOHD NOR pernah bermastautin di UAE. Pernah bekerja di TV3, menjadi usahawan serta pengarah beberapa syarikat antarabangsa. Beliau juga penulis prolifik dengan sembilan judul buku dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai