Sertai kami

Peluang pekerjaan

Apa yang kami lakukan?

Malaysiakini ialah sebuah syarikat media bebas yang menerbitkan berita dalam empat bahasa dengan capaian mencecah 2.5 juta penonton. Dilancarkan pada 1999, pada masa ini kami mempunyai seramai 90 orang kakitangan terdiri daripada wartawan, editor, pengatur cara, artis grafik, jurujual, pengeluar video, kakitangan akaun, eksekutif sokongan pelanggan dan banyak lagi.

Kami adalah majikan yang menyediakan peluang yang sama, dan hanya terikat kepada satu syarat apabila mencari ahli pasukan: Semangat mendahului bakat. Walaupun terdapat ramai calon dalam pasaran yang sesak ini, kami mencari individu yang bukan sahaja berbakat, bahkan juga berminat terhadap apa yang mereka lakukan. Itulah yang membezakan di antara petugas yang baik, dengan petugas yang cemerlang.

Kami percaya kehebatan kakitangan akan menyumbang kepada kehebatan sesebuah pasukan. Kami juga sentiasa berusaha untuk mencari, memupuk dan menghargai individu yang hebat.

Mengapa Malaysiakini?

Memperkasakan persekitaran kolaboratif dan serba tangkas

Kumpulan Mkini menyediakan sokongan untuk mengasah kemahiran anda dan membina hubungan dengan orang dari pelbagai latar belakang serta merentasi fungsi. Kami memulakan perjalanan kami dengan beberapa orang yang begitu obses dengan proses pembelajaran kendiri. Hari ini, usaha pertumbuhan peribadi yang sama masih kekal. Persekitaran tangkas kami membuka peluang untuk menerokai kawasan di luar domain anda. Akhirnya, tempat kerja kami direka untuk anda berkembang bersama-sama dengan syarikat, daripada latihan amali (internship) sehingga ke pelatih siswazah dan menjadi ahli pasukan sepenuh masa.

Komited terhadap kepelbagaian

Di Malaysiakini, anda akan bekerjasama dengan individu yang pintar, berbakat dan dihormati dalam industri berita. Apa yang menjadikan kita lebih hebat ialah rasa kasih sayang dan saling hormat-menghormati terhadap orang kunikan kita yang berbilang kaum, agama dan budaya. Ia semacam "Malaysia" kecil. Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia.

Bakat, pengalaman dan komitmen yang ditunjukkan kepada nilai-nilai Malaysiakini adalah sesuatu yang penting yang kami cari.

Keluarga Malaysiakini
Keluarga Malaysiakini

Kami menjaga semua

Kami memastikan anda dilindungi dengan semua faedah yang terpenting.

  1. Insurans kesihatan (insurans kemalangan diri, bayaran balik insurans perubatan)
  2. Tuntutan perubatan
  3. Bayaran balik perbelanjaan kesihatan dan kesejahteraan
  4. Cuti berbayar (cuti tahunan, cuti sakit dan banyak lagi)
  5. HRDF kami boleh dituntut untuk melatih dan meningkatkan kemahiran anda
  6. Elaun peranti, perjalanan & makan
  7. Jadual kerja yang fleksibel
  8. Kafe Kini milik kami membolehkan anda memiliki akses kepada makanan
  9. Bonus & ganjaran pencapaian perkhidmatan yang panjang

Sertai kami hari ini

Adakah anda bersedia memulakan perjalanan kerjaya yang lebih daripada sekadar biasa?

Di Malaysiakini, kami tidak hanya menawarkan pekerjaan sebaliknya kami mempelawa antara menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membolehkan inovasi, kolaborasi dan perkembangan diri saling berkait.

Terokai peluang pekerjaan kami