Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 19 hari diterbitkan

Jemputan Untuk Menyertai Projek MyGenom Sebagai Salah Seorang Peserta

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui National Institutes of Biotechnology Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institute of Medical Research (IMR), National Institutes of Health (NIH) sedang melaksanakan Projek MyGenom yang bertujuan untuk membangunkan genom rujukan rakyat Malaysia bagi mencerminkan kepelbagaian etnik negara serta menjadi asas penting untuk kemajuan perubatan jitu di Malaysia.

Peserta projek MyGenom adalah melibatkan rakyat Malaysia yang sihat, berumur 18 tahun ke atas dan daripada pelbagai latar belakang etnik serta jantina yang tidak mempunyai masalah/ ciri-ciri kesihatan seperti:

Peserta yang layak akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pengambilan sampel darah seperti berikut:

*Pengambilan sampel darah (secara relatifnya berjumlah sebanyak 2 sudu besar dan peserta tidak perlu berpuasa);

*Pengukuran komposisi badan;

*Saringan degupan jantung;

*Soal selidik berkaitan gaya hidup, corak pemakanan, dan sejarah perubatan keluarga; dan

*Penilaian kognitif.

Apakah Itu Genom?

Definisi Genom
Genom ialah unit yang menyimpan maklumat bagi sesuatu organisma yang terdiri daripada berjuta dan berbilion nukleotida DNA (A,T,C & G). Maklumat ini diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya dan membawa ciri-ciri seperti ciri fizikal dan kecenderungan penyakit.

Fungsi Genom Manusia
Fungsi utama genom ialah untuk menyimpan, berkongsi, dan mengekspresikan maklumat genetik yang menentukan struktur dan fungsi sel. Genom manusia telah dijujuk dan dianalisis untuk meneliti tumbesaran manusia, fisiologi, perubatan, dan evolusi.

Genomik & Perubatan Jitu
Data genom manusia yang telah dijujuk akan digunakan untuk mengenal pasti varian yang berkaitan dengan penyakit, menyesuaikan pesakit untuk menjalani terapi, menilai risiko penyakit, menyasarkan terapi, dan mengurangkan bebanan kos rawatan.

Proses Memperoleh Data Genomik
Langkah-langkah untuk memperoleh data genomik daripada pesakit dan penyimpanan data melibatkan proses yang kompleks dan langkah kawal atur yang telus.

Penggunaan Data Genomik Dalam Sektor Kesihatan
Data genomik menyumbang kepada pelbagai aspek dalam sektor penjagaan kesihatan contohnya perubatan jitu, pencegahan penyakit, diagnosis awal, rawatan kanser, farmakogenomik, penyakit berjangkit, penyakit genetik jarang, terapi gen, kesihatan reproduktif, penghasilan rawatan dan ubat-ubatan baharu.

Sekiranya ingin turut serta, dipohon agar mengisi borang yang telah disediakan melalui pautan https://forms.gle/AK6yZ2Vhc79piXhz6  selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2024 (Isnin). Lokasi pengambilan sampel adalah di National Institutes of Health (NIH). Tarikh pengambilan sampel pula akan ditetapkan oleh pihak NIH berdasarkan kepada kekosongan slot. 

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Siti Zuhaini Abd Samah ([email protected]/ 016-3236394) atau Puan Nurul Hasniza Kamaruddin ([email protected]/ 012-6156602).


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.