Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

MDEC dan OpenPeppol Mengiktiraf Finexus sebagai Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) dan Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol (PRSP)

Pada 16 Julai 2024, MDEC mempersembahkan tiga anugerah kepada Finexus sebagai syarikat Malaysia Digital, Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) di antara 31 penyedia perkhidmatan dan Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol  (PRSP) di antara hanya empat penyedia perkhidmatan, semasa Hari Terbuka Invois Kebangsaan dan Majlis Akreditasi yang diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. 

Gambar di atas: Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus (kedua dari kiri), menerima plak anugerah untuk Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) Malaysia dari MDEC di atas pentas, bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo (kedua dari kanan) dan Ts. Mahadhir Aziz, CEO MDEC (tengah), di Hari Terbuka e-Invois dan Majlis Akreditasi MDEC.

Pengiktirafan yang dirasmikan Menteri Digital Gobind Singh Deo ini bukan sahaja membuktikan kemampuan syarikat Finexus untuk mempermudahkan pengeluaran e-Invois bermodel empat penjuru Peppol bagi syarikat klien tersedia untuk pelanggan antarabangsa (sebagai SP MDEC), bahkan mendayakan syarikat penyelesaian e-Invois lain untuk membekalkan perkhidmatan Peppol yang sama untuk syarikat klien mereka  tersendiri (sebagai PRSP MDEC).

Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus (kedua dari kanan), menerima plak anugerah untuk Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol  (PRSP) Malaysia dari MDEC di atas pentas, bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo (tengah) dan Ts. Mahadhir Aziz, CEO MDEC (ketiga dari kiri), di Hari Terbuka e-Invois dan Majlis Akreditasi MDEC.

"Kami berbesar hati menerima akreditasi sebagai Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) dan Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol  (PRSP) formal MDEC. Terserlah, akreditasi ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap kami sebagai penyedia e-Invois bermodel empat penjuru Peppol, baik dari segi penyelesaian ‘middleware’ ataupun penyelesaian runcit untuk pelanggan ‘walk-in’ dan dalam talian. 

 "Tegasnya, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memproses lebih daripada 1 juta e-Invois setiap bulan untuk 100 lebih syarikat pada masa ini. Kami berazam untuk membantu lebih banyak syarikat lagi untuk memenuhi mandat LHDN menjelang tarikh akhir yang ditetapkan pada masa depan," kata Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus.

Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus (kedua dari kanan), menerima plak anugerah untuk Syarikat Status Malaysia Digital (MD) dari MDEC di atas pentas, bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo (kedua dari kiri) dan Ts. Mahadhir Aziz, CEO MDEC (paling kiri), di Hari Terbuka e-Invois dan Majlis Akreditasi MDEC.

Akhir-akhir ini, Finexus juga berjaya mengemukakan e-Invois melalui persekitaran produksi sebenar OpenPeppol bermodel empat penjuru pada 26 Jun 2024. OpenPeppol merupakan organisasi bukan untung Eropah yang mencipta Spesifikasi Kebolehoperasian Perniagaan Peppol (Business Interoperability Specifications) untuk menyeragamkan dan mendayakan penghantaran dokumen perolehan biasa seperti e-Invois antara perniagaan-perniagaan di seluruh dunia, pada satu rangkaian terbuka dan selamat.   

Pembekal Perkhidmatan Peppol (SP) adalah syarikat yang bertindak sebagai titik akses yang berfungsi seperti pintu masuk ke rangkaian Peppol. Maka, dengan titik akses ini, syarikat SP seperti Finexus boleh menyambungkan klien syarikat mereka dengan syarikat-syarikat lain yang terdapat dalam rangkaian Peppol, dan mengarahkan e-Invois mereka ke penerima yang disasarkan. 

Penyedia Penyelesaian Sedia Ada Peppol  (PRSP) pula adalah syarikat yang boleh mendayakan syarikat perisian perakaunan, syarikat sistem perancangan sumber perusahaan (ERP), atau syarikat-syarikat lain yang juga menawarkan perkhidmatan e-Invois, untuk menghantar dan menerima e-Invois dalam rangkaian Peppol. Maka, sebagai PRSP, Finexus boleh mendayakan penyedia penyelesaian e-Invois lain di Malaysia untuk mengeluarkan e-Invois Peppol bagi klien syarikat mereka yang tersendiri.

Clement Loh, CEO Kumpulan Finexus (paling kiri) bersama dengan pemangkin e-Invois dari MDEC termasuk Sabariah Nasir, ’Community and industry Partnership, Malaysia Digital Economy Hub Properties‘ (kedua dari kiri) dan Esther Lee, ’Lead, Service Provider Development, MDEC‘ (kedua dari kanan), bersama Pengurus Kejuruteraan Teknikal Finexus, Sean Ng (paling kanan).

Kumpulan Finexus juga adalah syarikat pertama di Malaysia yang mengemukakan e-Invois melalui persekitaran produksi sebenar API Sistem MyInvois, dan Pembekal Perkhidmatan Peppol formal yang tersenarai dalam laman web rasmi OpenPeppol dan MDEC. Di samping itu, penyelesaian e-Invois Finexus adalah kos efektif dengan rekaan spesifik untuk bank, syarikat insurans, korporat, PKS dan PKS mikro. 

Secara ringkasnya, penyelesaian e-Invois AREMA Finexus terdiri daripada Penyelesaian Enterprise (middleware) untuk Bank dan Syarikat Insurans (BNM RMiT CTRAG), Penyelesaian Premium (middleware) untuk syarikat yang menyambungkan sistem ERP atau perakaunan ke LHDN, Penyelesaian Standard (laman web layan diri yang mampu milik) untuk syarikat memuat naik e-Invois secara pukal bagi pengesahan LHDN, dan Penyelesaian Runcit (pelanggan ‘walk-in’ menjana sendiri e-Invois secara percuma) untuk peruncit menunjukkan QR e-Invois pada resit yang dijana oleh sistem POS, terminal pembayaran, mesin layan diri, kedai dalam talian, dan papan berdiri QR.   

Ditubuhkan pada tahun 2000 dan beribu pejabat di Malaysia, Finexus adalah syarikat teknologi dan kewangan pelbagai dengan lebih daripada 600 profesional dan lebih daripada 100 bank dan pelanggan korporat tempatan dan antarabangsa.  

Sebagai sebuah syarikat teknologi pelbagai, penyelesaian tersedia termasuk penyelesaian e-Invois AREMA, penyelesaian pematuhan peraturan, perkhidmatan Platform Inovasi MyXaaS, perkhidmatan terurus untuk teknologi perbankan (pembayaran, pematuhan peraturan, dan operasi perbankan), dan perkhidmatan terurus (kad, dompet dan teknologi e-Pembayaran, operasi pemprosesan perniagaan). 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.finexusgroup.com/arema/


Kandungan ini disediakan oleh FINEXUS Sdn Bhd.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.