Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

‘One GWM’ Memacu Era Baharu Automotif

Great Wall Motor, (GWM) Malaysia menzahirkan komitmen untuk memacu landskap industri automotif bagi mempergiatkan inovasi dan penyelesaian mobiliti mampan di peringkat domestik dan antarabangsa. Sebagai salah satu pengeluar automotif terkemuka dari China, GWM kini menjadi antara jenama utama menerajui industri automotif melalui barisan produk dengan reka bentuk moden dan ciri-ciri versatil, khususnya untuk pasaran Malaysia. 

GWM Malaysia telah menyuntik keterujaan dalam pasaran tempatan baru-baru ini di Malaysia Autoshow 2024 dengan penampilan sulung model SUV hibrid, GWM HAVAL H6 dan 4WD mewah, GWM TANK 300. Kedua-dua model ini telah mempamerkan ciri-ciri mampan, keselamatan dan teknologi pintar dengan prestasi tiada tolak bandingan. Model GWM TANK 300 yang kini dibuka untuk tempahan, telah menerima perhatian luar biasa daripada rakyat Malaysia. Dengan tawaran jaminan perlindungan seumur hidup meliputi bahagian enjin dan transmisi, sambutan yang memberangsangkan ini menjadi bukti keyakinan tertinggi GWM terhadap kemampuan produknya. Di pameran automotif berprestij tersebut, GWM Malaysia turut mempamerkan barisan produk terasnya ketika ini, iaitu – GWM ORA, GWM TANK, dan GWM HAVAL. 

GWM telah membangunkan teknologi bateri baharu & elektrik melalui SVOLT Energy.

GWM mempunyai pengalaman holistik selama 34 tahun dalam dunia automotif, menerusi perniagaan terasnya yang memfokuskan dalam pembuatan trak pikap. Great Wall Motor Co. Ltd kini merupakan pengeluar jenama SUV dan trak pikap terbesar di China dan telah mendominasi kedua-dua segmen secara domestik di bawah jenama utamanya, GWM HAVAL dan GWM CANNON. Sebagai salah satu syarikat kereta China yang menjadi perintis dalam meluaskan operasi ke luar negara, GWM hari ini telah berjaya membina lebih daripada 1000 rangkaian jualan merentasi 170 buah negara di serata dunia. 

Teras utama perniagaan GWM merangkumi proses reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan, perkhidmatan kenderaan dan alat ganti, serta keseluruhan rantaian industri tenaga hidrogen, tenaga suria dan tenaga bersih lain.  Keutamaan diberikan kepada inovasi, R&D dan penerapan teknologi maju seperti sambungan pintar, pemanduan pintar dan cip.

GWM merupakan jenama terkemuka antarabangsa untuk kenderaan tenaga baharu (NEV), yang komited untuk menyediakan perkhidmatan mobiliti pintar dan hijau kepada pengguna global. Ia menawarkan pelbagai jenis kereta penumpang, SUV, 4x4 dan trak pikap yang menghasilkan pelepasan karbon rendah hingga sifar. Dengan reka bentuk menarik, inovasi yang berterusan, dan strategi komprehensif, jenama ini telah mendapat tempat di hati pengguna di seluruh dunia. Rekod penjualan tahunan mereka yang melebihi 1 juta unit selama 8 tahun berturut-turut adalah gambaran sejauh mana kenderaan GWM diminati.

Sebagai subsidiari GWM, SVOLT mengoptimumkan susun atur rantaian bekalan huluan bagi memenuhi permintaan global.

Bermula di China dan kini berkembang ke seluruh dunia

Syarikat ini kini memasuki era baharu dengan memberi tumpuan kepada pasaran antarabangsa, bertujuan untuk mencapai jualan tahunan di luar negara melebihi sejuta kenderaan menjelang 2030.

Untuk mencapai matlamat ini, GWM telah mengumumkan empat tonggak strategik utama iaitu "Four Globalisations" untuk menggerakkan pembangunan di peringkat global yang terdiri daripada ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Globally Cultivated’, dan ‘Supply Chain Integrated’ yang memfokuskan pembinaan dan pengoperasian di peringkat tempatan, diusahakan secara global bersama rantaian bekalan berintegrasi, kesemuanya di bawah sebuah strategi jenama “ONE GWM” yang efisien. 

Pelaksanaan setiap tonggak utama ini dijangka akan menyaksikan peningkatan pelaburan untuk pasaran luar negara, dan melonjakkan lagi usaha untuk perkembangan, penyelidikan menyeluruh, pengeluaran, bekalan, jualan, dan perkhidmatan.

EV Terbaru GWM ORA 07 Performance Ranga akan disembahkan di tempat pengedar GWM pada hujung bulan Jun.

Semasa pengumuman di Auto China yang lalu, Pengerusi GWM, Jack Wey berkata, "GWM akan memberi penekanan utama kepada pasaran luar negara dengan meningkatkan lagi pelaburan dalam sumber-sumber berkaitan dan siap untuk memberikan sokongan sepenuhnya untuk perkembangan di luar negara. “GWM akan melancarkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi dengan menawarkan kelebihan dalam setiap kategori, serta akan kekal berdaya saing merentasi pelbagai rantau di luar negara!" tambah beliau. 

GWM sentiasa berpegang teguh pada pelan jangka masa panjangnya dalam perniagaan. Syarikat ini telah memanfaatkan kewujudannya di peringkat global sejak 27 tahun lalu untuk membangunkan rangka kerja ekosistem automotif luar negara yang komprehensif merangkumi aktiviti penjualan dan pengedaran, R&D, pengeluaran serta rangkaian rakan pembekal. Rangkaian ini termasuklah beberapa pembekal penyelesaian teknologi automotif terkemuka seperti SVOLT, HYCET, FTXT, MIND Electronics, dan NOBO Autos.

Dengan daya fikiran berwawasan dan jauh ke hadapan, GWM akan terus membina sebuah sistem ekologi industri yang utuh dengan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai rakan dalam rangkaian industri dan sentiasa melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membina produk yang lebih hijau, pintar, dan selamat untuk pengguna di seluruh dunia. 

Hala Tuju untuk Malaysia 

Dengan mengorak langkah ke persada antarabangsa bersama fokus terhadap kenderaan tenaga baharu (NEV), inovasi produk, dan komitmen berterusan kepada produk automotif berkualiti tinggi, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak rangkaian produk yang menarik bakal ditawarkan pada harga yang kompetitif dengan ciri-ciri reka bentuk, keselamatan, teknologi dan prestasi tanpa bandingan. 

Gandingan juara SUV, GWM HAVAL H6 dan GWM TANK 300 kini dibuka untuk tempahan.

Pertumbuhan pasaran dan industri EV tempatan memainkan peranan penting serta mendukung sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Dalam usaha untuk menggalakkan penukaran daripada kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada NEV, melibatkan EV dan kenderaan plug-in hibrid elektrik (PHEV) yang lebih mudah diperolehi, kerajaan telah menawarkan insentif pengecualian cukai untuk pemilikan EV serta sedang giat berusaha untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan dengan sasaran 10,000 stesen pengecasan baharu menjelang 2025. Pihak kerajaan turut menyasarkan untuk menarik pelaburan EV sebanyak RM20 bilion di bawah kelolaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelang tahun hadapan.

Pada awal tahun ini, GWM telah melantik PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd, anak syarikat EP Manufacturing Bhd, sebagai pengeluar kenderaan kontrak untuk model-model terpilih GWM di Malaysia untuk tempoh lapan tahun akan datang, bermula dengan HAVAL H6 HEV. Kerjasama ini dijangka akan memainkan peranan penting dalam perancangan GWM untuk memperkukuh kewujudan pasaran di rantau ASEAN di samping memperhebat lagi jualan dan perkhidmatan selepas jualan secara komprehensif. Selain itu, kerjasama ini juga dilihat mampu menambah baik penyelenggaraan infrastruktur rangkaian.


Kandungan ini disediakan oleh Bold Inspiration Sdn Bhd.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.