Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

KPJ Healthcare Lapor Prestasi Mampan bagi S1 TK2024

KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") sekali lagi mengumumkan prestasi kewangan yang teguh untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (“S1 TK2024”), menyaksikan pertumbuhan kukuh dan pencapaian operasi yang ketara.

KPJ Healthcare melaporkan perolehan sebanyak RM908 juta untuk S1 TK2024, menunjukkan kenaikan 11% berbanding suku yang sama tahun lepas. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan ("EBITDA") mencecah RM247 juta, peningkatan 27% tahun ke tahun, dengan margin EBITDA melonjak kepada 27.2% daripada 23.8% pada S1 TK2023. Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) Kumpulan daripada penerusan operasi mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 38%, meningkat kepada RM76 juta daripada RM55 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi kukuh Kumpulan didorang oleh jumlah bilangan pesakit dalam yang meningkat sebanyak 91,039 berbanding 88,036 pesakit pada suku tahun sebelumnya, selain turut disumbangkan oleh kenaikan jumlah kapasiti katil dan kadar keefisienan operasi. 

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata, "Kami berterima kasih kepada semua pihak berkepentingan termasuk pesakit, pelanggan dan rakan kongsi atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami selaku penyedia penjagaan kesihatan pilihan utama, yang membawa kepada satu lagi pencapaian kukuh pada suku ini. Prestasi keseluruhan Kumpulan pada S1 TK2024 membuktikan langkah-langkah strategik yang telah kami laksanakan untuk memaksimumkan aset dan mengurangkan kos. Saya juga amat berbesar hati ingin berkongsi tentang hospital-hospital kami yang kini sudahpun berada dalam tempoh pembangunan hospital baharu — KPJ Bandar Dato' Onn, Hospital Pakar Damansara 2, KPJ Batu Pahat, dan KPJ Perlis — telah mencapai EBITDA yang positif dalam tempoh pemantauan ini.

KPJ Healthcare telah mengisytiharkan dividen interim yang kedua sebanyak 1.00 sen sesaham, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM43.6 juta. Dividen ini akan diagihkan kepada pemegang saham KPJ Healthcare pada 5 Julai 2024.

Chin menambah, "Kami menjangkakan tahun 2024 yang stabil untuk KPJ Healthcare, dipacu oleh komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan nilai "Care for Life" kepada pesakit kami. Pelbagai inisiatif menarik sudahpun berada dalam perancangan kami, termasuk program penjenamaan semula dan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan sempena penganjuran “Malaysia International Healthcare Megatrends 2024”, yang dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober. Inisiatif strategik ini dirangka untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam sektor penjagaan kesihatan dan memacu pertumbuhan perniagaan kami dengan meningkatkan pengiktirafan jenama dan jangkauan pasaran, di samping terus memupuk penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan pesakit kami yang semakin berkembang.

KPJ Healthcare selaku rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, juga sedang melipatgandakan usahanya dalam sektor Pelancongan Kesihatan, salah satu aspek pertumbuhan penting bagi Kumpulan, yang menyaksikan hasil perolehan meningkat 19% tahun ke tahun, yang disumbangkan oleh Segmen Pelancong Kesihatan. Dalam pada itu, KPJ Healthcare juga sedang mengembangkan keupayaan teknologinya dalam program robotik baharu untuk pembedahan invasif minimum, bermula dengan sistem robotik da Vinci di Hospital Pakar Damansara 2 ("DSH2"), dan turut merancang pembangunan seterusnya secara menyeluruh di 29 hospitalnya. Tambahan lagi, penyertaan Hospital Pakar KPJ Damansara dan DSH2 dalam keahlian Mayo Clinic Care Network baru-baru ini menyerlahkan komitmennya untuk menambah baik hasil klinikal dan pengalaman pesakit melalui inovasi dan amalan terbaik global.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.