Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

KPJ Healthcare dan Marriott International Jalin Kerjasama Sedia Penjagaan Pesakit Terunggul

Melakar satu lagi pencapaian penting dalam sektor penjagaan kesihatan dan hospitaliti, KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") dan Marriott International di Indonesia dan Malaysia ("Marriott"), menjalin kerjasama unik dalam usaha mempertingkatkan taraf perkhidmatan penjagaan yang ditawarkan kepada pesakit dan pengunjung menerusi memorandum persefahaman (“MoU”) yang ditandatangani di The Ritz-Carlton Jakarta, Pacific Place, Indonesia hari ini.

Pakatan strategik di antara KPJ Healthcare, penyedia rangkaian penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia, dan Marriott, peneraju global dalam bidang perhotelan, bakal menyaksikan integrasi yang lancar daripada aspek kecemerlangan perubatan yang ditawarkan oleh KPJ Healthcare dan keselesaan mewah yang disediakan oleh Marriott, menggabungkan kepakaran, standard dan amalan terbaik daripada sektor perhotelan ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Kerjasama ini juga akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Marriott dalam menguruskan sebarang rawatan kecemasan yang berlaku di hotel, terutamanya melibatkan tetamu untuk memastikan mereka menerima standard penjagaan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang penginapan mereka di seluruh rangkaian hotel dan resort Marriott Bonvoy di seluruh Indonesia dan Malaysia.

Marriott International kini mengendalikan 110 hotel dan resort di seluruh Indonesia dan Malaysia, dengan 21 daripada lebih 30 merupakan jenama globalnya.

Majlis menandatangani MoU tersebut turut dihadiri oleh barisan pegurusan kanan daripada KPJ Healthcare dan Marriott, sekali gus membuktikan kepentingan kerjasama yang termeterai termasuklah Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare; Sherene Azli, Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare; dan Ramesh Jackson, Naib Presiden Bahagian Indonesia & Malaysia, Marriott International.

Chin Keat Chyuan, berkata. "Dengan memanfaatkan kepakaran luas Marriott untuk menawarkan pengalaman luar biasa kepada para tetamu, KPJ Healthcare komited dalam usaha mewujudkan persekitaran yang mengutamakan kesejahteraan, pemulihan dan kepuasan pesakit, sekali gus menetapkan satu tanda aras baharu dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penjagaan yang berpusatkan pesakit".

Ramesh Jackson turut mengulas "Kami amat teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama-sama dengan KPJ Healthcare. Kerjasama ini bukan sahaja membuktikan komitmen bersama kami terhadap kecemerlangan tetapi juga menyaksikan kesempurnaan gabungan perkhidmatan dan empati, yang mana keselesaan bertemu penjagaan dalam meningkatkan lagi pengalaman tetamu kami."

“Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman bagi kesemua pelancong perubatan yang mendapatkan rawatan di rangkaian hospital pakar KPJ, meletakkan KPJ Healthcare sebagai peneraju berwawasan dalam landskap pelancongan perubatan di rantau ini. Dengan menggabungkan kecemerlangan perubatan dan penjagaan pesakit kelas pertama, kami memupuk persekitaran yang mana hasil kesihatan dan kepuasan pesakit dimaksimumkan, membuktikan komitmen kami dalam memajukan penjagaan kesihatan dan meningkatkan pengalaman pesakit di seluruh rantau ini," kata Chin.

Susulan pemeteraian MoU tersebut, Kumpulan juga buat julung kali akan melancarkan Ekspo KPJ Healthcare 2024 ("KPJHX 2024") di Jakarta, yang bakal diadakan pada 16 hingga 19 Mei 2024 dengan kehadiran Marriott sebagai rakan hospitaliti.

Pemeteraian MoU ini tepat pada masanya buat Kumpulan yang sedang dalam usaha untuk meningkatkan inovasi dan kecemerlangan dalam pasaran Pelancongan Kesihatan Malaysia, mengukuhkan komitmen KPJ Healthcare untuk meningkatkan pengalaman pelancongan perubatan untuk pesakit tempatan dan antarabangsa.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.