Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

KPJ Healthcare Raih 11 Anugerah di Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific 2024

KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") dengan berbesar hati mengumumkan pencapaian cemerlang yang diraih sewaktu Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific 2024 yang diadakan baru-baru ini di Phuket, Thailand dari 4-5 Mei 2024. KPJ Healthcare berjaya menggondol 11 anugerah berprestij, yang mana pengiktirafan pada tahun ini turut mencatatkan kemenangan terbanyak yang pernah diterima oleh Kumpulan setakat ini di Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kecemerlangan klinikal dan penyampaian penjagaan kesihatan yang inovatif.

Gambar atas: Sherene Azli, Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare dan wakil-wakil daripada hospital KPJ mengambil gambar berkumpulan selepas memenangi 11 anugerah pada majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards tahun ini.

Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Kumpulan, dengan menyatakan, "Kejayaan pada Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific, yang mana kami telah diberi penghormatan untuk meraih keseluruhan 11 anugerah - yang terbanyak pernah kami terima setakat ini - merupakan satu pencapaian penting bagi hospital kami. Pengiktirafan ini juga mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain utama industri dalam kalangan rangkaian hospital di Malaysia pada persidangan tersebut. 

Pencapaian tersebut juga membuktikan komitmen KPJ Healthcare untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap kualiti daripada sudut penjagaan pesakit dan kecemerlangan klinikal. Usaha bersepadu kami dalam menonjolkan kekuatan unik setiap hospital kami bukan sahaja meningkatkan kedudukan kami dalam pasaran pelancongan kesihatan tetapi juga meletakkan kami sebagai peneraju untuk penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini."

Penyertaan KPJ Healthcare pada persidangan ini merupakan peluang strategik untuk mempamerkan kepakaran Kumpulan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri penjagaan kesihatan, sekali gus meningkatkan keterlihatan dan pengiktirafan jenama.

Majlis penganugerahan tersebut mengiktiraf kecemerlangan rangkaian hospital KPJ Healthcare dalam sektor penjagaan pesakit dan kepakaran luar biasa menerusi pelbagai bidang perubatan kerana kadar kejayaan yang tinggi secara konsisten, kaedah rawatan yang inovatif, penggunaan teknologi termaju dan pendekatan yang dipacu data untuk penjagaan berpusatkan pesakit. Komitmen KPJ Healthcare daripada segi pengalaman pesakit yang mengutamakan keselesaan dan proses komunikasi turut diiktiraf sambil memberi tumpuan kepada kesejahteraan keseluruhan sepanjang menerima rawatan.

Senarai Penuh 11 Anugerah Yang Diraih oleh KPJ Healthcare:

  1. Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri

  • Advanced Cardiology Service Provider of the Year in Asia-Pacific

  • Spine Care Service Provider of the Year in Asia-Pacific

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri menerima anugerah Advanced Cardiology Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri menerima anugerah Spine Care Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Hospital Pakar KPJ Damansara

  • Advanced Paediatrics Service Provider of the Year in Asia-Pacific

  • Obstetrics and Gynaecology Service Provider of the Year in Asia-Pacific

  • Women and Children Specialist Provider of the Year Asia-Pacific

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Damansara menerima anugerah Advanced Paediatrics Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Damansara menerima anugerah Obstetrics and Gynaecology Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Damansara menerima anugerah Women and Children Specialist Provider of the Year Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Hospital Pakar KPJ Sabah

  • Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia-Pacific

  • Robotic Rehabilitation Service Provider of the Year in Asia-Pacific

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Sabah menerima anugerah Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Pusat Pakar Mata KPJ

  • Ophthalmology Service Provider of the Year in Asia-Pacific

Wakil daripada Pusat Pakar Mata KPJ menerima anugerah Ophthalmology Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Pusat Pakar KPJ Tawakkal

  • Sports Rehabilitation and Physiotherapy Service Provider of the Year in Asia-Pacific

Wakil daripada Pusat Pakar KPJ Tawakkal menerima anugerah Sports Rehabilitation and Physiotherapy Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Hospital Pakar Damansara 2

  • Rising Star Hospital of the Year in Malaysia

Wakil daripada Hospital Pakar Damansara 2 menerima anugerah Rising Star Hospital of the Year in Malaysia ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.
  1. Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL

  • Urology Service Provider of the Year in Asia-Pacific

Wakil daripada Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL menerima anugerah Urology Service Provider of the Year in Asia-Pacific ketika majlis GlobalHealth Asia-Pacific Healthcare and Hospital Awards 2024.

Semasa persidangan tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare, Sherene Azli, menyampaikan satu pembentangan menarik bertajuk Putting the 'Value' in Value-Based Care: Innovative Strategies for Providers, menekankan dedikasi KPJ Healthcare untuk memberikan rawatan yang lebih baik untuk pesakit yang dalam masa yang sama menguruskan kos dengan berkesan. Beliau juga mengambil bahagian dalam perbincangan panel mengenai Strengths, Partnerships and Consolidation, bersama-sama dengan barisan tokoh industri.

Penyertaan KPJ Healthcare dan pengiktirafan yang diterima di Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific mengukuhkan kedudukan Kumpulan sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka yang komited kepada kecemerlangan, inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.