Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

KPJ Healthcare Semarakkan Sambutan Aidilfitri Besama Petugas Barisan Hadapan dan Pesakit

Ketika seluruh negara sedang bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Syarikat”) mengangkat semangat 'Care For Life' dengan meraikan barisan kakitangan yang berdedikasi, para pesakit dan kesemua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban untuk berkhidmat tanpa kenal erti lelah, terutamanya mereka yang tidak dapat bersama keluarga untuk menyambut hari raya.

KPJ Healthcare baru-baru ini telah melaksanakan sebuah program komuniti ‘Jalinan Kasih’ bagi menyampaikan bantuan semasa bulan Ramadan di samping menyantuni golongan gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Meneruskan semangat ini pada hari pertama Syawal, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, telah mengambil inisiatif untuk turun padang dan melawat para pesakit dan petugas barisan hadapan di Hospital Pakar KPJ Damansara (“DSH”), Hospital Pakar Damansara 2 (“DSH2”), Balai Bomba Damansara Utama dan Balai Polis Damansara Utama bagi menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertugas sewaktu musim perayaan.

KPJ Healthcare turut membuat lawatan khas ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif ini, Chin berkata, "Dedikasi dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah banyak berjasa selama ini benar-benar memberi inspirasi yang cukup bermakna. Sejak dilanda wabak pandemik COVID-19, jalinan ikatan yang menghubungkan kami dengan kesemua barisan ‘frontliners’ semakin utuh saban hari kerana kami turut berkongsi tujuan dan daya tahan yang sama. Kini, kami berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut serta ingin terus bersatu dan bersama-sama mengembleng tenaga demi memenuhi komitmen untuk berkhidmat kepada negara tercinta."

“Inisiatif program Jalinan Kasih pada hari ini membuktikan KPJ Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan yang berlandaskan prinsip utama ‘Care For Life’ kepada komuniti. Dengan jarak radius cuma 10 kilometer di antara DSH dan DSH2, yang mana kedua-dua hospital pakar tersebut merupakan ahli Mayo Clinic Care Network (“MCCN”), Syarikat akan terus berusaha untuk meningkatkan penjagaan yang mengutamakan pesakit atau patient-centric di samping memastikan penduduk di kawasan berdekatan mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia,” tambah Chin.

Pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk penjagaan pesakit yang holistik. Anak syarikat KPJ Healthcare, Total Meal Solution (“TMS”), pembekal untuk sektor kesihatan dan penjagaan sosial, menawarkan hidangan yang lazat, berkhasiat dan mampan untuk individu di rumah atau dalam penjagaan. Setiap kali musim perayaan, TMS menyediakan hidangan khas untuk rangkaian hospital KPJ. Untuk sambutan Adilifitri, para pesakit akan menikmati juadah tradisional seperti rendang, nasi impit dan pelbagai juadah enak yang lain.

Dedikasi KPJ Healthcare dalam menyediakan makanan berkualiti mencerminkan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan yang komprehensif dan penuh belas kasihan, mengutamakan setiap aspek pengalaman pesakit untuk kesejahteraan dan keselesaan secarakeseluruhan.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.