Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kemudahan lengkap bertaraf 5 bintang di rangkaian Hotel Singgah

Hotel Singgah, rangkaian hotel yang dimiliki oleh anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd, terus menjadi contoh kecemerlangan dalam industri perhotelan. Dengan suasana mesra pelanggan dan selesa, Singgah Hotel komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para tetamu dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Hotel Singgah yang mempunyai dua cawangan di Kertih, Terengganu dan Pengerang, Johor ini menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas di kawasan tersebut, selain pemilik-pemilik perniagaan dan pengembara beg galas (backpackers).

Pengiktirafan 5 Bintang ‘Amat Bersih’ Tandas Singgah Kertih 2023

Hotel ini menawarkan penginapan dengan harga yang ideal, menjadikannya pilihan menarik bagi para profesional yang mencari penginapan yang selesa dan produktif. Tidak kira sama ada ketika menghadiri persidangan, mesyuarat, atau bekerja dari jauh, kedua-dua hotel Singgah memastikan keselesaan dan ketenangan pengunjung dengan fasiliti lengkap seperti tandas awam yang diperakui bertaraf lima bintang.

Baru-baru ini, Singgah Kertih telah berjaya menerima pengiktirafan lima bintang dalam Penggredan Tandas Awam Berdasarkan Bintang apabila menyediakan tandas yang ‘amat bersih’, menerusi pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kemaman. Kriteria yang diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi penggredan tandas termasuk keadaan persekitaran, struktur dan penyelenggaraan kebersihan, alat kemudahan sanitari, tunjuk arah, aktiviti pembersihan tandas dan banyak lagi.

Penganugerahan ini juga membuktikan komitmen rangkaian hotel Singgah untuk memastikan persekitaran serta fasiliti yang disediakan berada di tahap yang tertinggi. Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menyifatkan kejayaan ini adalah pengiktirafan kepada usaha keras seluruh warga kerja Singgah Kertih yang sentiasa menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelanggan dengan memastikan fasiliti hotel berada pada tahap yang terbaik.

"Komitmen kami adalah untuk terus memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada setiap tetamu yang menginap di hotel Singgah. Kejayaan ini juga adalah sebagai pembakar semangat untuk kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi supaya dapat bersaing dan meletakkan nama hotel Singgah setaraf dengan hotel-hotel terbaik di dalam industri perhotelan tempatan,” kata Ahmad Shakir.

Pengiktirafan 5 Bintang ‘Amat Bersih’ Tandas Singgah Pengerang 2022

Sebagai rekod, rangkaian hotel butik tersebut juga pernah menerima beberapa pengiktirafan lain, antaranya Singgah Pengerang yang menerima pengiktirafan lima bintang bagi kemudahan tandas pada tahun 2022, dan Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan dengan tahap kebersihan ‘sangat bersih’ untuk Singgah Cafe yang dimiliki oleh Singgah Pengerang. Selain itu, Singgah Kertih menerima sijil pengiktirafan taraf 3 Orkid, iaitu pengiktirafan taraf paling baik kepada premis penginapan pelancong bertaraf hotel bajet pada tahun 2021. Sijil 3 Orkid tersebut adalah bagi kategori Pengelasan Premis Penginapan Pelancong (PPP) oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia.

Pengiktirafan 3 Orkid Singgah Kertih 2021

Melalui beberapa promosi untuk menggalakkan orang ramai untuk menginap di rangkaian hotel Singgah, tawaran hebat bilik penginapan pada harga RM140 untuk satu malam boleh dinikmati oleh pelanggan Singgah Pengerang sehingga bulan September ini. Bukan itu sahaja, Singgah Cafe juga menawarkan promosi Jom Singgah Ngeteh & Karaoke untuk pelanggan hotel dan orang ramai yang berhampiran mengunjungi kafe tersebut untuk minum petang sambil berhibur dengan sesi karaoke.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bilik di rangkaian hotel Singgah, sila hubungi 09-8250111 (Kertih) atau 07-8256011 (Pengerang). Orang ramai juga boleh melawati laman web www.singgah.com.my atau mengikuti akaun media sosial @singgahkertih, @singgahpengerang dan @singgahcafe di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan informasi terkini.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)