Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

KOPETRO lancar drama pendek istimewa 'Raya Bersama'

MENJELANG tibanya perayaan Aidilfitri setiap tahun, video iklan raya yang kreatif dan sarat dengan pengajaran serta mesej positif pasti dinantikan oleh orang ramai. Sejak bertahun lamanya, iklan-iklan raya ikonik yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat terkemuka telah menyerikan suasana sebelum tibanya hari kemenangan itu.

Sempena kedatangan bulan Syawal pada tahun 2023 ini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) turut sama menyemarakkan sambutan hari mulia ini dengan melancarkan sebuah drama pendek berdurasi empat minit bertemakan ‘Raya Bersama’ bagi mempromosikan semangat kekeluargaan dan kebersamaan di samping memperkenalkan produk dan servis syarikat itu kepada umum.

Drama pendek iklan raya ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang adik-beradik, Tuah dan Fatimah di tengah bandar. Walaupun berjauhan daripada ibu mereka di kampung, Tuah dan Fatimah sentiasa bekerja keras untuk menggembirakan hati orang tua mereka itu demi membalas jasa ibu tersayang yang telah banyak berkorban membesarkan mereka. Di dalam video tersebut, kedua adik-beradik itu mendapatkan pelbagai barangan dan servis menarik untuk menghargai ibu mereka menjelang perayaan Aidilfitri.

Antara produk dan servis daripada KOPETRO dan anak syarikatnya yang ditonjolkan di dalam video ‘Raya Bersama’ ini adalah servis pajak gadai emas ArRahnuKita, pembiayaan untuk anggota koperasi, produk minyak pelincir, pakej umrah serta pelancongan, servis katering, perkhidmatan penjagaan dan pembersihan penyaman udara KVClean dan produk makanan sedia-untuk-dimakan LengQuas.

Berkonsepkan ‘Raya Bersama’, KOPETRO ingin menyuntik semangat kemasyarakatan dengan mengalu-alukan persamaan, meraikan kepelbagaian dan menghargai perbezaan antara rakyat Malaysia dalam kempen Hari Raya mereka tahun ini.

Tonton video penuh ‘Raya Bersama’ daripada KOPETRO ini di YouTube KOPETRO TV dan juga platform media sosial @kopetroberhad di Facebook, Instagram dan Twitter.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022. KOPETRO turut merangkul dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020.

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di https://kopetro.com.my/ atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.