Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Hari Bertemu Pelanggan (e-Pelanggan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bulan April 2023

Program e-Pelanggan KKDW (Hari Bertemu Pelanggan Secara Dalam Talian) ini merupakan program yang dilaksanakan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan terutama berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KKDW, Jabatan dan Agensi.

Program akan diadakan pada 13 April 2023 bermula jam 9.00 pagi.

Platform ini juga membuka ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh KKDW, Jabatan dan Agensi Meliputi :

Pertanyaan dan Permohonan Mengenai Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (PPRT dan Program Peningkatan Pendapatan) Prasarana Desa, Bantuan Pendidikan, Bantuan dan Program Sokongan Keusahawan, Permohonan Untuk Melanjutkan Pelajaran ke Institusi TVET di bawah agensi KKDW, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hal-Ehwal Orang Asli serta program dan perkhidmatan di bawah KKDW dan Agensi.

Agensi KKDW Seperti Berikut :

MARA | RISDA | FELCRA BERHAD | KEMAS | JAKOA | KESEDAR | KETENGAH | KEJORA | KEDA | PERDA

Layari epelanggan.rurallink.gov.my untuk berinteraksi bersama kami.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah