Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ringan beban pesawah dan nelayan

PUTRAJAYA, 7 APRIL 2023 – YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan 2023 Bacaan Kali Kedua di Dewan Negara pada 29 Mac 2023 telah mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 kepada pesawah dan nelayan.

Selaras dengan keputusan tersebut, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang menyelaraskan kaedah pelaksanaan pembayaran berdasarkan tatakelola pengurusan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Bayaran LAYAK diberikan kepada:

I. Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia;

II. Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);

III. Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); dan

IV. Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one -off sebanyak RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 melalui agensi seperti berikut:

Pesawah

(i) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP);

(ii) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); dan

(iii) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Nelayan laut

(i) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Nelayan darat

(i) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Pemberian bantuan khas sebanyak RM200 kepada pesawah dan nelayan ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 240,000 orang pesawah dan 38,500 orang nelayan di seluruh negara. Pengumuman ini membuktikan keprihatinan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dalam memastikan nasib pesawah dan nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI.

KPKM berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. KPKM turut menzahirkan komitmen dalam memastikan penyaluran pembayaran bantuan kewangan ini dibuat secara efisien dan teratur.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM seperti berikut:

i. Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM: 03-8870 1759/ 1760/ 1761;

ii. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): 03-8870 4422/ 4475;

iii. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): 03-2610 9664;

iv. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): 03-8064 9303;

v. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): 04-772 8255; dan

vi. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA): 09-745 5388 samb. 5433


Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan