Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

ArRahnukita milik KOPETRO santuni jemaah Masjid Jamek Ibnu Khaldun Sungai Besi

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2023 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) meniupkan semangat Ramadan tahun ini dengan memberikan sumbangan juadah iftar dan moreh kepada lebih 200 orang yang mengunjungi Masjid Jamek Ibnu Khaldun Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti khidmat masyarakat KOPETRO yang telah dijadualkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. KOPETRO menyampaikan sumbangan pek makanan untuk 200 orang pengunjung masjid yang terdiri daripada masyarakat setempat di Sungai Besi. Selain juadah iftar, KOPETRO juga menyediakan juadah moreh yang yang diagihkan kepada 100 orang jemaah masjid berkenaan.

“Program ini diadakan dengan tujuan membina hubungan yang lebih kukuh dengan masyarakat di kawasan Sungai Besi dalam usaha untuk menjana minat dan permintaan mereka untuk rangkaian produk dan perkhidmatan KOPETRO, terutamanya ArRahnukita. Dalam masa sama, majlis berbuka puasa ini juga adalah salah satu inisiatif KOPETRO untuk mengadakan sesi keterlibatan dengan semua tetamu jemputan,” kata Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO.

Tambahnya lagi, sumbangan juadah iftar ini adalah salah satu komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat KOPETRO untuk berbakti kepada orang ramai dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, pelbagai program seumpama ini akan dijalankan oleh KOPETRO sepanjang tahun 2023. Selain sumbangan di Sungai Besi, agihan pek makanan untuk berbuka puasa juga diedarkan oleh KOPETRO di beberapa masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Segamat.

Menghadiri majlis tersebut bagi pihak KOPETRO adalah Tuan Haji Shamsudin Haron, selaku Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan yang bertanggungjawab menerajui perniagaan ArRahnukita, disertai kakitangan ArRahnukita cawangan Sungai Besi.

Mula beroperasi sejak 8 Ogos 2022, ArRahnukita adalah premis perniagaan pajak gadai emas patuh syariah milik KOPETRO, terletak di Medan Niaga Tasik Damai, sebuah kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan ramai di Sungai Besi. Selain itu, cawangan kedua dan terbaharu ArRahnukita di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang telah mula beroperasi sejak bulan Februari 2023 yang lalu.

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah islam. Objektif perkhidmatan Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.