UEM Sunrise lancar rangkaian produk Happy+ bagi memenuhi keperluan pembeli rumah
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), telah melancarkan Happy+, sebuah rangkaian produk yang mengklasifikasi senarai produk kediamannya kepada lima kategori berdasarkan keperluan gaya dan peringkat hidup pembeli rumah yang berbeza. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih diperkemas di samping menawarkan nilai tambah yang selaras dengan keperluan pembeli rumah menerusi produk berciri inovatif di masa hadapan.
“Kami berharap Happy+ dapat mengukuhkan lagi keunikan DNA produk kami dan memudahkan para pelanggan mencari produk yang bertepatan dengan keperluan masing-masing. Inisiatif ini adalah susulan kepada penyelidikan yang menyeluruh serta usaha kami di dalam memahami keutamaan dan pilihan para pelanggan kami saban tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.
Daripada Siri KASIH sehingga ke Koleksi LUXE yang mewah, UEM Sunrise berhasrat untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup serta permintaan setiap peringkat kehidupan pelanggan dan pembeli rumah di masa hadapan. Rangkaian produk Happy+ berperanan sebagai panduan yang memberi kemudahan untuk mereka mengenal pasti ciri tertentu sesebuah kediaman berdasarkan keutamaan dalam memilih rumah idaman mereka.
Siri KASIH
Program rumah permulaan yang lebih menggalakkan kehidupan berkomuniti selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia merealisasikan impian pemilikan rumah.
Siri RISE
Direka dengan lebih nilai bersama ruang yang fleksibel dan serba guna yang mudah disesuai dan diadaptasi mengikut gaya hidup para pelanggan. Kediaman mampu milik ini mempromosi kehidupan praktikal dengan persekitaran yang mencerminkan kesederhanaan, rekreasi dan kemudahan.
Siri NEST
Rumah berorientasikan pelbagai generasi ini mengutamakan keperluan keluarga. Direka bagi menyediakan keselesaan kepada setiap ahli keluarga, Siri NEST menawarkan persekitaran yang prihatin dan selamat serta dilengkapi laman dan taman yang direka dengan pelbagai fungsi dan kemudahan rekreasi.
Edisi CLUB
Kediaman yang dibina dengan penuh ketelitian dan gaya berlatarkan persekitaran indah yang selesa dan mesra ditawarkan bersama kualiti kehidupan resort yang berprestij.
Koleksi LUXE
Rangkaian mewah yang mempamerkan cita-cita dan visi UEM Sunrise sebagai pencipta ruang, pereka dan pemaju hartanah. Produk serba indah dan tersendiri ini menekankan kehidupan yang canggih dan eksklusif – rekaan yang memberi penghargaan terhadap keunggulan sesuatu perkara dalam kehidupan.
“Happy+ diilhamkan daripada DNA reka bentuk teras kami yang sentiasa menjangka keperluan pelanggan seterusnya melengkapi gaya hidup dan peringkat kehidupan mereka yang berbeza. Pada masa yang sama, kami sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keutamaan pelanggan, membantu mereka dalam usaha memiliki rumah idaman dan meneroka reka bentuk inovatif yang menjangkau keperluan mereka. Happy+ adalah simbol komitmen kami ke arah matlamat ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise Kenny Wong.
Pembangunan baharu UEM Sunrise akan membawa DNA Happy+ bermula tahun ini dengan THE MINH sebagai kediaman pertama di bawah Edisi CLUB. Ini bakal disusuli dengan lebih banyak lagi pelancaran baharu di masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut tentang Happy+ UEM Sunrise, lawati uemsunrise.com/happyplus.
Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai