Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

4 tip paling murah untuk iklankan bisnes anda Raya 2023 ini

Raya dah dekat! Aidilfitri adalah musim perayaan yang paling meriah disambut di Malaysia setiap tahun. Ramai yang mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen jualan sempena hari raya ini seperti menjual telekung, baju, beg, kasut, kurta, kuih raya, ketupat, rendang, pes masakan dan banyak lagi.

Setiap kali Ramadan pasti ada banyak kemunculan jenama produk baru di pasaran, seiring dengan peningkatan jumlah usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes. Tapi apakah yang akan membezakan bisnes anda dengan orang lain?

Penjenamaan dan pemasaran.

“Aduh, dah berhabis modal siapkan produk, nak kena labur untuk marketing jugak ke?”
“Mahal lah bayar iklan, post gambar kat IG jela..”
“Jual kat jiran dengan member-member opis je tak boleh ke?”

Ramai tak tahu atau buat-buat tak tahu yang teknik dan strategi pemasaran adalah komponen yang sangat penting untuk sesebuah bisnes menjana jualan dan keuntungan. Oleh itu, pastikan anda tahu bagaimana untuk menjangkau lebih ramai orang dan menukar mereka kepada pelanggan - salah satunya melalui pengiklanan.

Pengiklanan sangat efektif dalam meningkatan kesedaran orang ramai tentang  jenama dan produk anda. Walaupun strategi ini tidak boleh dijalankan dengan sifar kos, namun impak daripada pelaburan ini boleh diukur dan digunakan sebagai rekod data pelanggan anda. Dinilai dari segi kos pula, sebenarnya ada banyak platform pengiklanan yang masih lagi menawarkan servis pengiklanan pada kadar mampu milik untuk semua.

Jadi kami nak kongsikan empat tip paling murah untuk iklankan bisnes anda raya ini!

Tip #1: Google Ads

Google Ads adalah program pengiklanan online Google. Melalui Google Ads, anda dapat menjalankan pengiklanan secara online untuk menjangkau sasaran demografi yang tepat untuk menarik mereka kepada produk dan servis yang anda tawarkan. Apa yang menarik tentang Google Ads adalah anda boleh menetapkan had maksima perbelanjaan bulanan mengikut bajet anda sendiri.

Gambar diambil dari searchenginejournal.com

Tip #2: Meta Business Manager

Meta Business Manager digunakan apabila anda mengiklan di platform Facebook dan Instagram. Ramai pemilik bisnes yang sukakan strategi ini kerana ia membantu mencapai sasaran demografi pelanggan yang diingini tanpa perlu menelan belanja yang tinggi. Sama seperti Google Ads, anda juga boleh menetapkan had maksima perbelanjaan iklan anda secara harian dan ini sangat membantu pemilik-pemilik bisnes yang menghadapi kekangan kos pengiklanan.

Gambar diambil dari commons.wikimedia.org

Tip #3: KOL atau Influencer

Strategi menggunakan Key Opinion Leaders (KOLs) atau influencers untuk mengiklankan produk/servis anda juga adalah salah satu cara pengiklanan yang bijak dan berbaloi. Namun, sebelum memilih mana-mana KOL/influencer untuk paid review dan sebagainya, anda perlu mengkaji dahulu siapakah influencer atau KOL yang memiliki demografi pengikut yang sama dengan pelanggan anda. Ini dapat membantu anda untuk menjangkau sasaran pelanggan dengan tepat dan lebih organik. Tip nak pilih influencer? Mudah saja - kami kongsikan tiga tip ini untuk anda: (i) utamakan influencer yang memberi impak jenama yang positif; (ii) mempunyai persamaan karakter dengan jenama anda; dan (iii) mempunyai purata ‘engagement’ yang baik bersama pengikutnya.

Tip #4: Iklan di stesen radio

Ramai tak tahu sebenarnya anda juga boleh mengiklankan produk dan servis anda menerusi iklan di stesen radio pada kadar serendah RM 5,000 sahaja untuk kempen selama seminggu! Pakej Lokal Raya adalah yang pakej iklan radio dan media sosial pada kadar istimewa yang ditawarkan oleh Rakita kepada pemilik-pemilik bisnes seluruh negara sempena Raya 2023 ini. Pakej pengiklanan ini adalah salah satu daripada inisiatif jenama media tersebut untuk menyokong pertumbuhan lebih banyak jenama-jenama lokal musim perayaan tahun ini.

Rakita adalah sebuah jenama media pelbagai platform (stesen radio 107.9 FM, laman web, Youtube, Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok) yang menawarkan kadungan-kandungan infotainment yang menarik dan segar, serta dicipta khusus untuk golongan muda. Bersiaran dalam Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris, Rakita mempunyai 90,000 pendengar mingguan menerusi radio frekuensi 107.9 FM, 40,000 pendengar online, dan lebih 110,000 pengikut di media sosial.

Promosi ini terbuka kepada semua jenis perniagaan termasuk juga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Semak katalog pakej di sini. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Rakita di nombor +601154132660 hari ini juga.


Kandungan ini disediakan oleh Impact Integrated.