Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Beli-belah kelengkapan Aidilfitri di Ho Chi Minh dengan KOPETRO Travel

Sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19 dan sektor pelancongan terpaksa ditutup selama lebih kurang dua tahun, Ho Chi Minh merupakan destinasi pilihan ramai warga Malaysia untuk bercuti. Setiap kali berkunjung ke Ho Chi Minh, pasti terlihat kelibat warga Malaysia di bandar terkenal Vietnam itu. Selain menjadi lokasi percutian yang moden dan menarik hati, Ho Chi Minh juga terkenal sebagai syurga beli-belah untuk orang ramai terutama bagi mereka yang ingin membeli pakaian dan kain pada harga murah. Terletak di tenggara Vietnam dan dikelilingi Sungai Saigon, Ho Chi Minh dikenali sebagai pusat ekonomi negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Ho Chi Minh terkenal sebagai syurga dunia buat aktiviti membeli-belah dan menjadi tarikan utama bandar metropolis ini. Barangan berkaitan fesyen dan tekstil boleh didapati dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat-tempat lain. Pelancong yang mengambil kesempatan bercuti di Ho Chi Minh selalunya pulang dengan berbagai beg yang dipenuhi pakaian, kain, telekung dan banyak lagi.

Lambakan peniaga yang boleh berbahasa Melayu juga merupakan salah satu tarikan utama buat pengunjung daripada Malaysia. Kemudahan berkomunikasi serta harga yang murah menjadikan pengalaman membeli-belah di Ho Chi Minh pasti tidak akan dilupakan dengan mudah. Menjelang bulan Syawal yang hampir tiba, percutian ke Ho Chi Minh tidak patut dilepaskan bagi mereka yang ingin mendapatkan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) sepenuhnya, tidak melepaskan peluang menawarkan pakej pelancongan sepanjang bulan Februari dan Mac ini ke Ho Chi Minh, Vietnam. Pakej tiga hari dua malam ini boleh didapati serendah RM1,690.00 bagi seorang dewasa dan dipenuhi aktiviti membeli belah di lokasi popular selain melawat lokasi bersejarah di Ho Chi Minh.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata pakej percutian ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat persiapan perayaan Aidilfitri selain pada masa sama merasai sendiri keunikan bandar Ho Chi Minh yang mempunyai campuran sejarah, kebudayaan dan kemodenan itu.

“Membeli-belah di Ho Chi Minh merupakan salah satu tarikan untuk orang ramai ke bandar tersebut. Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, KOPETRO Travel menyediakan pakej percutian menarik ke Ho Chi Minh kepada mereka yang ingin mendapatkan keperluan raya di sana. Selain membeli-belah, pelanggan juga boleh bersiar-siar melawati lokasi menarik di Ho Chi Minh yang terkenal dengan campuran tradisi dan kemodenan,” ujar Ahmad Shakir.

KOPETRO Travel adalah sebuah pusat sehenti pelancongan yang menawarkan pelbagai kemudahan percutian di bawah satu payung. Pakej percutian ke Ho Chi Minh ini turut dilengkapi tiket pergi dan balik kelas ekonomi Air Asia dan tempahan bilik di Emerald Boutique, Ho Chi Minh. Selain itu, pelanggan juga dibawa ke restoran Halal untuk sarapan, makan tengah hari serta makan malam sepanjang berada di sana.

Kemudahan pengangkutan bas mini bersama pemandu, pemandu pelancong yang boleh berbahasa Melayu, dan juga lawatan mengikut jadual perjalanan semuanya disediakan melalui pakej ke Ho Chi Minh ini. Bagaimanapun, pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang melibatkan syarikat penerbangan dan ketersediaan hotel. Sekiranya terdapat perubahan, KOPETRO Travel sedia menyediakan hotel setaraf dengan hotel yang ditawarkan dalam iklan.

Jadual perjalanan yang penuh dengan aktiviti selama tiga hari dua malam ini bakal dinikmati oleh pelanggan. Sejurus mendarat di Ho Chi Minh, para pelanggan akan dibawa ke restoran untuk makan tengah hari dan kemudiannya bebas untuk membeli-belah di Pasar Ben Thanh sebelum pulang untuk makan malam.

Pada hari kedua, pelanggan akan dibawa ke kilang tekstil yang dilengkapi tudung, telekung, beg dan pelbagai lagi barangan menarik untuk dibeli. Seterusnya, anda boleh bersiar-siar di kota Ho Chi Minh dengan melawat lokasi bersejarah seperti War Remnants Museum dan Pejabat Pos Saigon yang terkenal di sana. Hari ketiga adalah hari bebas untuk para pelanggan melakukan aktiviti sendiri sebelum berkumpul dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan pakej yang percutian ke Ho Chi Minh ini, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 atau 019-2577847. Layari laman sesawang KOPETRO Travel di https://www.kopetrotravel.com.my/ untuk informasi lanjut pelbagai pakej promosi baharu 2023. Pelanggan juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.