Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Command Centre pacu Ranhill SAJ ke arah syarikat utiliti bertaraf dunia

Ranhill SAJ mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan Pusat Kawalan Operasi atau Command Centre bagi pemantauan keseluruhan operasi pembekalan air terawat kepada kira-kira 1.26 juta pengguna air di negeri Johor.

Pusat Kawalan ini telah dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Perasmian Ranhill SAJ Command Centre ini dilakukan sempena lawatan kerja YB Menteri ke negeri Johor yang turut melawat ke pejabat operator air di negeri Johor Ranhill SAJ buat pertama kalinya.

Beliau juga turut diberi taklimat berkenaan pengoperasian Pusat Kawalan Operasi (Command Centre) dan bagaimana ianya berfungsi dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan pembekalan air bersih di negeri Johor.

Disamping itu juga beliau diberi penerangan berkenaan operasi Ranhill SAJ serta inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh Ranhill SAJ termasuk aspek berkenaan Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW).

Penubuhan Ranhill SAJ Command Centre seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi melibatkan industri bekalan air bakal dilihat sebagai rujukan yang baik sekaligus menjadi titik mula serta rujukan kepada operator air di negeri lain menyusun atur semula inisiatif atau kaedah berkesan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pembekalan air bersih terawat kepada pengguna.

Ranhill SAJ Command Centre merupakan pusat kawalan yang bertanggungjawab menyelia keseluruhan operasi pembekalan air di negeri Johor merangkumi fasa pengeluaran, sistem agihan, sistem penggera, kawalan Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW) dan yang berkaitan.

Sementara itu, penubuhan Ranhill SAJ Command Centre adalah bertujuan bagi menyeragamkan sistem pengumpulan data pengoperasian bekalan air terawat disamping memantau keadaan semasa pembekalan air berdasarkan real time monitoring.

Di samping itu, Ranhill SAJ Command Centre bertindak sebagai unit tindak balas terhadap ketidakstabilan sistem bekalan air bagi meminimakan risiko gangguan bekalan air kepada pengguna.

Oleh itu, secara rasminya Ranhill SAJ Command Centre telah diaktifkan dan perasmian ini juga telah disaksikan bersama oleh pihak Kementerian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pengurusan Tertinggi Ranhill SAJ serta wakil agensi kerajaan yang lain.

Penubuhan pusat kawalan ini juga selaras dengan komitmen berterusan Ranhill SAJ dalam memastikan kualiti perkhidmatan air berkelas dunia kepada pengguna akan terus direalisasikan bagi membolehkan Ranhill SAJ kekal berada pada tahap terbaik dalam menghadapi variasi cabaran akan datang.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air