KOPETRO Taja Program Kayuhan Amal dan Riadah anjuran Angkasa Wilayah Persekutuan
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menaja sebuah program anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) cawangan Wilayah Persekutuan. Program yang dianjurkan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bersempena dengan sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi yang telah disambut di seluruh negara secara besar-besaran pada tahun ini. Selain kayuhan basikal, acara yang turut diadakan ialah acara zumba, senam tari dan pelbagai lagi. Selain meraikan sambutan yang bersejarah dalam penubuhan gerakan koperasi di Malaysia, program ini bertujuan menyokong dasar kerajaan dalam mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Berlangsung dalam suasana yang penuh perpaduan, peserta-peserta Program Kayuhan Amal dan Riadah telah dilepaskan oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Bin Abdullah, Pengerusi Angkasa Wilayah Persekutuan Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain diiringi oleh Bendahari KOPETRO Tuan Haji Adam Bin Keling serta wakil daripada Grand Fondo New York (GFNY), dan beberapa wakil dif-dif kehormat yang telah hadir seawal jam 7 pagi. Lebih 1,000 orang telah hadir ke program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada hadir sebagai peserta mahupun pengunjung bagi aktiviti pagi tanpa kereta anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bendahari KOPETRO, Tuan Haji Adam Bin Keling menzahirkan rasa penghargaan kerana telah diberi peluang untuk terlibat dalam program berbentuk riadah anjuran Angkasa Wilayah Persekutuan.
“Secara amnya KOPETRO akan terus menyokong usaha kerajaan demi pembangunan dan pertumbuhan sektor koperasi negara. Justeru, kami akan sentiasa mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara terutamanya yang melibatkan koperasi seperti ini, sekaligus dapat memperkenalkan produk keluaran KOPETRO kepada orang ramai” ujar Tuan Haji Adam.
Wang sumbangan yang telah dikumpulkan pada program tersebut akan diagihkan kepada sepuluh buah rumah dan badan amal di sekitar Lembah Klang bagi menampung keperluan harian mereka.
Program Kayuhan Amal dan Riadah juga menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hanna Yeoh yang sempat beramah mesra dengan semua peserta dan jemputan yang mengambil bahagian serta melawat reruai KOPETRO di Dataran DBKL.
Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.
Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai