Saringan kesihatan percuma bagi golongan berusia 40 tahun dan ke atas
Viatris Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan sama-sama menganjurkan kempen saringan kesihatan percuma untuk menggalakkan masyarakat awam berusia 40 tahun dan ke atas untuk mengesan faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi.
Imej di atas: Jom Jalankan Saringan Kesihatan! - Jeff Bote, Pengurus Negara Viatris Malaysia (kiri) dan Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo, Setiausaha Agung Kehormat MMA pada pelancaran kempen itu
Bertema SARING. KESAN. BERTINDAK. (SCREEN. DETECT. ACT), kempen selama tiga bulan ini akan dianjurkan dari Disember 2022 sehingga Februari 2023 untuk menggalakkan orang ramai menjadi lebih proaktif mengenai kesihatan mereka.
Objektif utama kempen ini adalah untuk membolehkan mereka membuat saringan bagi mengesan sebarang risiko kesihatan dan mengambil langkah yang diperlukan untuk menguruskan serta mengubah gaya hidup masing-masing.
Kempen ini juga menyokong Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) 2022 yang dilancarkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Julai 2022 bagi menangani kadar saringan kesihatan yang rendah di kalangan orang ramai.
Mengulas mengenai kerjasama dengan MMA, Jeff Bote, Pengurus Negara, Viatris Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan MMA untuk menyumbang kepada komuniti menerusi kempen SARING. KESAN. BERTINDAK.
Melalui kempen ini, kami bukan sahaja akan menyokong sasaran KKM untuk menyaring 1.5 juta orang di atas 40 tahun untuk faktor risiko yang berkaitan dengan NCD tetapi juga menyumbang ke arah misi Viatris untuk memperkasakan orang di seluruh dunia untuk hidup lebih sihat pada setiap peringkat kehidupan.
“Saringan kesihatan NCD yang kerap adalah satu langkah yang proaktif dan penting dalam pengurusan kesihatan diri. Ia membantu kita mengenal pasti isu-isu yang tersembunyi dan mencegah komplikasi perubatan dengan mendapatkan rawatan lebih awal. Intervensi yang berkesan dan bertepatan masa boleh memberikan perubahan yang ketara terhadap kesihatan individu,” tambah Jeff.
Program rintis untuk kempen SARING. KESAN. BERTINDAK. akan dilancarkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, dan menyasarkan 1,000 individu berusia 40 tahun dan ke atas serta golongan yang mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi.
Dr Muruga Raj Rajathurai, Presiden MMA, berkata, “Adalah membimbangkan bahawa sebilangan tinggi rakyat Malaysia yang mempunyai tekanan darah, gula dalam darah dan kolesterol yang tinggi, tidak mengetahui status kesihatan mereka kerana mereka tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan diagnosis.”
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi(1) menunjukkan satu dalam lima dewasa atau 3.9 juta individu berusia 18 tahun dan ke atas di negara ini menghidapi penyakit diabetes, tiga dalam 10 dewasa atau 6.4 juta orang mengalami tekanan darah tinggi, dan empat daripada 10 dewasa mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
Seramai 1.7 juta rakyat Malaysia kini hidup dengan tiga faktor risiko utama - diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi - yang merupakan faktor risko utama penyakit kardiovaskular, penyebab utama kematian di negara ini. Oleh itu, kita tidak boleh terlalu menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
“Kami menggesa mereka yang berusia 40 tahun ke atas, berisiko lebih tinggi dan khasnya yang belum menjalani sebarang pemeriksaan atau saringan kesihatan untuk mengambil peluang ini. Pengesanan awal dan rawatan tepat pada masanya berpotensi untuk mengurangkan risiko komplikasi anda dan memberikan hasil yang lebih baik. Saringan kesihatan mampu menyelamatkan nyawa,” tegas beliau.
Dr Muruga menjelaskan yang kempen ini adalah bertepatan masa kerana saringan kesihatan telah menurun sejak dua tahun lalu susulan pandemik Covid-19 dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan.
“Kami percaya kempen SARING. KESAN. BERTINDAK. akan melengkapi inisiatif KKM untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat serta memperkukuhkan tahap kesihatan negara. Viatris dan MMA akan meneruskan kerjasama strategik ini dan kami merancang untuk mengadakan usaha saringan susulan pada masa terdekat,” kata Dr Muruga.
Saringan kesihatan adalah percuma dan boleh dilakukan di klinik pengamal am yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut, hubungi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di talian 03-4041 1375 (Pejabat) atau 018-277 8794 (WhatsApp sahaja) dari Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang).
Rujukan:
(1) Infographic Booklet NHMS 2019 - English
Kandungan ini disediakan oleh Viatris Malaysia and Malaysian Medical Association.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai