Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Majlis ‘topping out’ Residensi Astrea Mont’Kiara mengukuhkan presensi UEM Sunrise di Mont’Kiara

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”) telah meraikan kejayaan majlis ‘topping out’ Residensi Astrea Mont’Kiara (“Residensi Astrea”) yang merupakan perintis di kejiranan antarabangsa Mont’Kiara.

Setelah melalui pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19 seperti kekurangan tenaga buruh dan peningkatan kos bahan binaan, majlis ‘topping out’ Residensi Astrea melambangkan kejayaan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek berjalan lancar melalui pelbagai peringkat untuk mencapai kemuncak fasa terakhir pengkonkritan tapak bumbung.

“Setelah menempuhi pelbagai cabaran, majlis Topping out’ Residensi Astrea melambangkan usaha kami untuk membawa mutu yang tinggi kepada kejiranan Mont’Kiara sebagai salah satu perintis pemaju hartanah. Kami bercita-cita untuk mewujudkan kehidupan mampan melalui produk inovatif kepada pembeli rumah yang berhasrat untuk menjadi sebahagian komuniti antarabangsa dan pelbagai bangsa di Mont’Kiara ini. Tahap pembinaan Residensi Astrea setakat ini mengikut jadual yang ditetapkan dan kami menantikan persiapannya di suku tahun ke-4 2023,” kata UEM Sunrise Ketua Pegawai Eksekutif, Sufian Abdullah.

Dilancarkan pada Oktober 2018, kediaman mewah setinggi 37 tingkat merangkumi 240 unit merentasi tanah pegangan bebas seluas 2.4 ekar ini menawarkan enam susun atur berbeza untuk dipilih. Dengan keluasan 126.7 hingga 172.7 meter persegi, ia dapat menepati permintaan pelbagai pembeli - daripada pasangan yang baru berkahwin dan keluarga muda ke warga emas yang tinggal sendirian.

Majlis simbolik tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah bersama Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) Liong Kok Kit dan Ketua Projek Residensi Astrea, Phoon Sit Meng. Arkitek Projek, Ar Reno Lee dari UIG Architects, Pengarah Eksekutif Kontraktor Utama Mitrajaya Sdn Bhd, Bibhuti Nath Jha; dan Pengarah Projek, Chan Yeen Kong turut hadir.

Residensi Astrea menyediakan suasana lapang dan mewah di setiap sudut. Reka bentuknya menerima jumlah cahaya semula jadi dan pengaliran udara yang mencukupi dan seterusnya mengurangkan pengunaan lampu dan penghawa dingin. Penduduk juga dapat menikmati pemandangan latar langit Mont’Kiara atau landskap hutan hijau Bukit Kiara.

Dikenali sebagai salah satu perbandaran yang paling mewah di Kuala Lumpur dengan kemudahan yang lengkap, Mont’Kiara kekal di kedudukan tertinggi dalam senarai pembeli. Residensi Astrea kini hampir keseluruhannya dijual dengan 98% unit kini telah terjual. Ia disasarkan untuk siap pada suku tahun keempat 2023 dan mempunyai anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM323 juta.

Selain sistem keselamatan pelbagai peringkat untuk keselamatan dan keselesaan penghuninya, Residensi Astrea turut menampilkan lebih 20 kemudahan gaya hidup yang diilhamkan untuk menikmati kehijauan berlandskap di tingkat bawah, astaka gastro, klorinator garam 45m. kolam infiniti, taman permainan percikan untuk kanak-kanak, sky lounge dan sky gym.

Residensi Astrea terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah antarabangsa serta hab dan perkhidmatan runcit. Tambahan pula, para penduduk Residensi Astrea akan mempunyai akses mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya SPRINT dan Penchala Link yang menghubungkan mereka ke sekitar Lembah Klang dengan pantas.

Untuk maklumat lanjut tentang Residensi Astrea, sila layari www.uemsunrise.com.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.