Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

AEON mencari Raja Viral

Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral.  

Datuk Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral yang akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia bermula 2 Disember ini. 

Raja Viral akan menyaksikan seramai 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu untuk berebut hadiah wang tunai RM80,000. Menariknya,  sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif sehingga tular. 

 

Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema  berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi. Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik. Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta. 

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi. Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai.” 

12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah: 

1. Daing Iskandar Mohd Tahir - https://www.tiktok.com/@daing.ellando  

2. Ahmad Safwan Abdul Malek - https://www.tiktok.com/@apanmalek  

3. Mohd Daud Suhaimi - https://www.tiktok.com/@daudreny46  

4. Nur Fatihah Kamal - https://www.tiktok.com/@tiyakamal2  

5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong - https://www.tiktok.com/@tokmiewong  

6. Rusydi Sayuti Rosli - https://www.tiktok.com/@rusydi.official 

7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin - https://www.tiktok.com/@kuzamieza  

8. Izzat Haikal Abdul Hakim - https://www.tiktok.com/@_ijathaikal

9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli - https://www.tiktok.com/@fazza.ellando  

10. Nur Salynata Salim - https://www.tiktok.com/@salynata  

11. Muniswaran Harirama - https://www.tiktok.com/@muniswaranharirama  

12. Muhammad Khuzaimie Lemat - https://www.tiktok.com/@abang_panda4.0  

Nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini. Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.


Kandungan ini disediakan oleh AEON CO. (M) BHD..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.