Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UEM Sunrise melancarkan kempen ‘Happy Goals by UEM Sunrise’ dengan NFT percuma dan pameran hartanah

Sempena kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), telah mengumumkan kempen terakhirnya untuk tahun ini - ‘Happy Goals by UEM Sunrise’.

Bermula dari 8 November hingga 31 December, para pembeli rumah boleh membawa pulang Non-Fungible Token (NFT) edisi terhad secara percuma apabila mereka berdaftar di laman web UEM Sunrise. NFT-NFT tersebut dipramuat dengan barangan berharga dan ganjaran bernilai sehingga RM100,000, dimana para pembeli boleh menebus sepenuhnya apabila mereka membeli salah satu projek yang tersenarai.

Sempena dengan kempen tersebut, orang ramai juga digalakkan untuk melawat Happy Goals Property Showcase di Publika Shopping Gallery dari 21 hingga 27 November, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai permainan-permainan yang menyeronokkan dan menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai ganjaran menarik serta promosi istimewa.

Memperkenalkan NFT edisi terhad percuma dengan barang pramuat, ia merupakan usaha sebagai pelopor yang menunjukkan perjalanan UEM Sunrise dalam menerajui alam digital dengan memanfaatkan ruang digital dan aset untuk memudahkan urusan jual beli secara maya dan nyata.

"Kami berusaha menjadi sebuah syarikat yang mudah diakses oleh orang ramai dengan meneroka cara-cara yang lebih baik untuk berhubung dengan pelanggan kami di dunia nyata dan maya untuk membantu mereka dalam mencari rumah idaman mereka. Bagi menjadi pemaju hartanah Malaysia pertama yang merintis teknologi ini dan memulakan perjalanan Web 3.0, kempen NFT bertemakan bola sepak ini merupakan salah satu langkah ke arah mencapai matlamat ini. Kami juga mempunyai beberapa inisiatif-inisiatif serupa yang menarik dalam perancangan, sila nantikan," kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

NFT merupakan aset digital pada blockchain dengan kod khas dan metadata yang berbeza antara satu sama lain dan biasanya dijenamakan sebagai aset ketara dunia sebenar seperti karya seni atau hartanah.

Happy Tiger kembali muncul sebagai maskot UEM Sunrise untuk 2022. Kali ini, ia memakai jersi bola sepak comel yang menampilkan detik ikonik bola sepak sebagai rekaan NFT. Setiap pembeli rumah yang telah mendaftar akan memperolehgaya dan reka bentuk Happy Tiger yang berbeza.

Sebagai maskot tahun ini, Happy Tiger bersinonim dengan UEM Sunrise sejak diperkenalkan awal tahun ini, pertama kali ditampilkan dalam Kempen Tahun Baru Cina 'Happy Duo Duo', diikuti dengan Kempen Hari Raya 'Ini Baru Raya' di samping berperanan sebagai usaha syarikat dalam menyumbang kepada usaha pemuliharaan harimau Malaya.

Projek yang tersenarai termasuk KAIA Heights; Allevia Mont'Kiara; dan Begonia Forest Heights, Broadhill Fasa 1 dan 2, Forest Avenue, dan Arden Hill Fasa 1 dan 2. Setiap projek mempunyai hadiah promosi untuk pembeli rumah menebus dengan NFT mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ‘Happy Goals by UEM Sunrise’, lawati uemsunrise.com/HappyGoals atau dengan menjadi sebahagian daripada komuniti digital Syarikat di Discord atau Telegram dan yang terawal untuk mendapatkan maklumat terkini tentang promosi istimewa dan pelancaran baharu yang akan datang.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.