Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Memperjuangkan nilai masa dan pelan penjagaan kesihatan wanita kalis masa depan

Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022 yang jatuh pada Oktober ini, syarikat farmaseutikal, Roche Malaysia, dengan kerjasama The Asian Women (TAW) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) menyeru agar wanita di Malaysia menjadi lebih peka terhadap penjagaan kanser payudara, selain digesa untuk diwujudkan satu pelan penjagaan kesihatan yang kalis masa depan. Wanita juga didorong untuk mengimaginasi semula masa, kesihatan dan masa depan mereka.

HER TIME Matters adalah satu kempen kanser payudara pelbagai aspek yang memperjuangkan usaha pemerkasaan kesihatan, libat urus dan keupayaan membuat keputusan tersendiri. Matlamatnya adalah untuk menginspirasikan perubahan sikap serta menggalakkan pengurusan kesihatan yang proaktif di kalangan wanita. #timeforme #timeforothers #hertimematters.  

Dianjurkan di antara September 2022 hingga Januari 2023, kempen HER TIME Matters, menerapkan satu pendekatan pelbagai aspek untuk merapatkan jurang dalam 3 bidang: Kesedaran, Pemerkasaan Kesihatan dan Inspirasi dengan matlamat untuk mengubah landskap dan cara penjagaan kanser payudara di Malaysia. Ia akan melibatkan program pendidikan dalam talian yang bersepadu, bual bicara kesihatan serta jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat insurans untuk meneliti polisi-polisi kesihatan wanita dan hospital bagi ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan. Usaha ini akan turut melibatkan Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Sunway dan Hospital Beacon. Selain itu, dianjurkan sesi perkongsian kehidupan penuh inspirasi bekas pesakit kanser dan pelbagai inisiatif lain. 

Mengulas mengenai rasional penganjuran kempen HER TIME Matters, Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche Malaysia berkata, “Wanita secara amnya dikenali kerana sanggup berkorban dan sering mengutamakan kepentingan insan lain berbanding diri mereka sendiri. Wanita juga sering lewat untuk mengambil tindakan, kurang kesedaran dan fokus untuk membuat pelaburan dalam memenuhi keperluan kesihatan mereka. Sebagai tanda Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022, Roche bersama rakan-rakan kempen kami ingin memperkasakan wanita agar mengambil langkah yang membawa perubahan sikap menerusi perkongsian harapan, inovasi, kolaborasi dan pencapaian-pencapaian terbaharu dalam bidang perubatan yang akan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan pelan penjagaan kesihatan yang kalis masa depan. 

“Di Roche, matlamat teguh kami adalah untuk memberikan impak pada kesihatan pesakit dan menjadi peneraju dalam usaha mencari penawar penyakit kanser. Selama lebih 50 tahun, kami telah membangunkan ubat-ubatan dan kaedah diagnostik inovatif yang membantu mencegah, mengesan, mendiagnosis, merawat dan memantau kanser. Inovatif kami yang berlandaskan teknologi seperti telekesihatan, rawatan terkini dan pilihan penjagaan fleksible adalah bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat dan memastikan wujudnya pelan penjagaan kesihatan yang kalis masa depan.

“Pasukan-pasukan Roche di seluruh dunia juga bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan pesakit dan kerajaan untuk membantu lebih ramai wanita membuat diagnosis pada peringkat awal penyakit iaitu pada tahap penyakit kanser mungkin berpotensi untuk diubati. Di peringkat tempatan, kami telah berkolaborasi dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dan Kolej Pakar Bedah, Akademi Perubatan Malaysia dalam mengetengahkan kepentingan komunikasi antara pesakit dan doktor serta membuat keputusan bersama. Kami akan meneruskan usaha untuk mendidik dan memperkasakan wanita untuk menerima satu pelan pengurusan penjagaan kesihatan bagi memastikan masa depan yang lebih sihat bagi diri mereka dan insan tersayang,” tambah beliau. 

Berkongsi pandangannya pada majlis pelancaran kempen HER TIME Matters, Dr Ng Char Hong, Pakar Bedah Payudara berkata, “Ingin saya tekankan betapa pentingnya ujian saringan awal kesihatan untuk menurunkan tahap kanser payudara serta bagi wanita untuk mengetahui tentang rawatan-rawatan terkini dan inovatif yang mampu memberikan hasil yang lebih baik kepada pesakit. 

“Tahap kesedaran berkenaan keperluan untuk penjagaan payudara secara konsisten masih lagi rendah. Malah, Tinjauan Kebangaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati kadar ujian saringan payudara yang amat rendah di negara ini. Tiga daripada setiap empat wanita yang berusia lebih 40 tahun tidak pernah menjalani pemeriksaan mamogram, manakala satu dalam dua wanita tidak mengamalkan pemeriksaan sendiri payudara1. 

“Masih terdapat banyak tanggapan yang salah, stigma dan kebimbangan di kalangan wanita, selain berhadapan dengan cabaran-cabaran lain dalam kehidupan seperti cuba menyeimbangkan kehidupan di rumah dengan tanggungjawab lain. Sungguhpun demikian, bersikap proaktif untuk mendapatkan bantuan, membuat pertimbangan terhadap pilihan yang ada pada kadar segera dan membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan, yang pada masa sama menjaga diri mereka secara holistik, mampu memberi impak yang signifikan serta memberikan hasil rawatan yang lebih baik,” tambahnya. 

Kajian telah menunjukkan sebilangan rendah wanita yang mengetahui tanda-tanda dan simptom (42.6%) atau faktor risiko (16.5%) kanser payudara, manakala hanya 17.8% dilaporkan pernah menjalani saringan untuk kanser payudara2. Daripada aspek sikap, kebanyakan wanita (64.4%) dilaporkan membuat keputusan secara bersama, sementara 13% wanita membuat keputusan kesihatan mereka sendiri. Bagi 21% wanita, keputusan kesihatan mereka telah dibuat oleh keluarga masing-masing2.

Kekurangan pengetahuan juga merupakan halangan biasa bagi wanita untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan, diikuti oleh kurang motivasi seperti halangan emosi (22.1%) dan tidak optimis (20.8%). Kira-kira 11% pesakit dilaporkan kurang peluang untuk mendapatkan bantuan disebabkan halangan fizikal dan sosial3. 

Penjagaan anak juga merupakan satu lagi keutamaan bagi sesetengah wanita yang berkongsi bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk menjalankan pemeriksaan payudara. Ada di antara wanita yang menghadapi kebimbangan untuk didiagnosis dengan kanser, mereka berpandangan bahawa ujian saringan menyakitkan, takut akan pembedahan membuang payudara dan rambut luruh ekoran rawatan.

Kebanyakan wanita Malaysia di kawasan luar bandar juga tidak mempunyai pemahaman dan kesedaran yang mencukupi mengenai kanser payudara, menolak kenyataan, tidak menerima maklumat yang tepat ataupun tidak merasakan mereka mudah menghidapi penyakit berkenaan. Ini seterusnya menyebabkan mereka tidak berminat untuk menjalani saringan yang diperlukan.

Polin Lim, Pengasas TAW berkongsi pandangan, “The Asian Women adalah satu saluran media sosial yang menggalakkan wanita untuk mengangkat semangat wanita lain dengan berada di hadapan kamera untuk berkongsi kisah-kisah kehidupan mereka dan mengadakan perbincangan secara ikhlas bagi meningkatkan kesedaran, memecah stigma dan memberikan inspirasi serta harapan. Pada dasarnya, kami berhasrat untuk melihat wanita mencapai kebahagiaan dan menjadi lebih kuat. Menerusi kempen HER TIME Matters  bersama Roche, kami mahu memperkasakan wanita untuk mengambil tindakan terhadap kesihatan payudara mereka - menjadi lebih sedar, mengetahui pilihan rawatan terkini yang tersedia dan memahami betapa pentingnya untuk mempunyai perlindungan insurans yang secukupnya.”

Jojo Struys, Pengasas OhanaJo dan selebriti kesejahteraan menambah, betapa pentingnya untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan menjaga diri sendiri. 

“Tidak kira sama ada individu sedang berhadapan dengan sebarang cabaran perubatan atau tidak, kita semua mempunyai pilihan. Oleh itu, pilihlah makanan yang lebih sihat, lebih banyak bersenam, berpandangan lebih optimis dalam kehidupan dan menyingkirkan punca-punca stres dalam hidup. Secara peribadi, meditasi telah menjadi cara terbaik untuk membersihkan serta memberi ketenangan minda dan memastikan saya menikmati kehidupan semasa. Jadikan ia satu tabiat harian untuk mencintai diri sendiri dan berasa berterima kasih bagi meningkatkan aras positif dan daya tahan diri,” ujar beliau. 

Jojo turut menambah, “Anda boleh memilih apakah kaedah terbaik untuk memastikan tubuh sentiasa aktif. Yoga telah banyak membantu dalam menguatkan tubuh saya tanpa menggunakan sebarang peralatan atau pemberat. Ia juga membantu melatih saya menjadi lebih fokus dan menjadikan minda lebih jelas. Tidak kira apa yang anda lakukan, adalah utama untuk mempunyai pelan pengurusan penjagaan kesihatan diri. Jangan biarkan keadaan anda bergantung pada nasib atau menjadi reaktif apabila anda mampu menjadi proaktif. Kita hanya mempunyai satu tubuh sepanjang hayat ini. Oleh itu, ambillah langkah untuk menjaganya sebaik mungkin.”

Pada Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini, kongsikan bersama setiap wanita yang anda kenali tentang kepentingan untuk meningkatkan pengetahuan mereka terhadap penjagaan payudara dan menjadi lebih proaktif dalam mempunyai pelan penjagaan kesihatan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menjadi sebahagian daripada kempen HER TIME Matters, layari laman https://www.hertimematters.my/ atau https://www.facebook.com/hertimematters.


Rujukan

  1. Institute for Public Health 2020. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy—Key Findings: Link

  2.  Lee, M. S., 'Azmiyaty Amar Ma' Ruf, C., Nadhirah Izhar, D. P., Nafisah Ishak, S., Wan Jamaluddin, W. S., Ya'acob, S., & Kamaluddin, M. N. (2019). Awareness on breast cancer screening in Malaysia: a cross sectional study. BioMedicine, 9(3), 18.
    https://doi.org/10.1051/bmdcn/2019090318

  3.  Su, T. T., Azzani, M., Donnelly, M., & Majid, H. A. (2020). Seeking medical help for cancer among urban dwellers in Malaysia-Emotional barriers and awareness of cancer symptoms. European journal of cancer care, 29(4), e13232.
    https://doi.org/10.1111/ecc.13232.


Kandungan ini disediakan oleh Roche Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.