Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UEM Sunrise menandatangani MoU dengan anak syarikat PETRONAS ke arah pembangunan lestari

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”  atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah menandatangani dua  Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Petroliam Nasional Berhad (“PETRONAS”) melalui  dua anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Global Technical Solutions Sdn Bhd (“PGTSSB”)  dan Gentari Sdn Bhd (“GENTARI”) untuk menerokai pelbagai peluang kolaborasi ke arah  penggunaan tenaga boleh diperbaharui, tenaga dan mobiliti hijau serta pembangunan bandar  yang pintar dan mampan untuk masa hadapan. 

UEM Sunrise dan PETRONAS merancang untuk menuju ke arah matlamat bersama dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net zero emissions’ menjelang 2050; dengan  memanfaatkan teknologi, kepakaran dan sumber masing-masing untuk mempercepatkan  penggunaan tenaga boleh diperbaharui, mobiliti hijau, bandar pintar lestari dalam jangka pendek,  sederhana dan panjang. Selain itu, perkongsian tersebut selaras dengan salah satu Matlamat  Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 (UNSDG), khususnya  matlamat ke-17, “Kerjasama demi Matlamat”. 

Kerjasama tersebut juga merangkumi penyelesaian lestari yang sedia ada serta penyelesaian  terkini dalam pembangunan Syarikat, di mana UEM Sunrise merupakan pemaju hartanah  pertama yang bekerjasama dengan dua anak syarikat PETRONAS tersebut. 

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan korporat yang mempunyai hala tuju yang sama seperti PGTSSB dan GENTARI ke arah matlamat bersama untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050. Dengan kolaborasi yang strategik ini, saya yakin bahawa kita menuju ke arah  yang tepat untuk mencapai matlamat kami. Ini merupakan titik permulaan kepada kolaborasi yang  saling menguntungkan di samping membawa nilai mampan jangka panjang untuk seluruh  komuniti ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah. 

Dalam jangka masa terdekat, kolaborasi bersama GENTARI akan memberi tumpuan kepada  penyelesaian karbon rendah, termasuk stesen pengecas EV dan ‘forecourt’ elektrik di  pembangunan-pembangunan UEM Sunrise serta ladang suria di tanah UEM Sunrise.

Manakala dalam jangka panjang, MoU dengan PGTSSB akan menerokai penyelesaian karbon  rendah dan berasaskan alam semula jadi seperti: 

Penyelesaian Tenaga Hijau Pintar dan Tenaga Boleh Diperbaharui – Menerokai  dan menyediakan penyelesaian tenaga bersih yang praktikal untuk menangani isu  perubahan iklim secara berperingkat. 

Ekonomi Kitaran (‘Circular Economy’) – Melaksanakan pengurusan sumber kitaran  penuh dengan meningkatkan kapasiti pengitaran semula dan menerapkan konsep sifar  sisa. 

Penyelesaian teknikal dan teknologi mampan – Menerapkan penyelesaian  pembangunan berteknologi tinggi baharu yang berdaya tahan, mesra alam dan mesra  pengguna yang akan mewujudkan perubahan sosial yang positif kepada masyarakat. 

Secara keseluruhan, usaha kolektif bersama tersebut juga dijangka menerokai dan melaksanakan penyelesaian progresif dan mampan yang akan memberi manfaat kepada  perniagaan masing-masing serta menyumbang kepada negara secara keseluruhan ke arah  Malaysia yang mampan, dan negara sifar bersih menjelang 2050. 

Mewakili GENTARI, Ketua Peralihan Penyelesaian Tenaga Bersih PETRONAS, Shahrizal Yang  Razalli berkata, “Peralihan ke arah tenaga yang lebih bersih membuka peluang besar di Malaysia. Kerjasama dengan rakan kongsi yang amat komited tentang peralihan ini seperti UEM Sunrise,  akan membantu GENTARI memajukan usaha bersepadu kami dalam memacu peralihan ke arah  mobiliti mampan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Dengan kerjasama ini, GENTARI  terus memenuhi tujuan kami untuk menyelesaikan desakan keperluan tenaga mampan di dunia,  memberikan penyelesaian yang dapat mengubah cara kehidupan kita hari ini untuk masa depan  yang lebih baik." 

Ketua Pegawai Eksekutif PGTSSB Annaliz Abu Bakar menambah, “Bahagian Penyampaian  Projek dan Teknologi PETRONAS melalui PGTSSB teruja untuk bekerjasama secara strategik  sambil mengembangkan kepakaran kami melangkaui industri tenaga. Kami yakin bahawa sinergi  melalui titik sentuhan kedua-dua syarikat akan terus berkembang dan memanfaatkan lebih ramai  pemegang-pemegang kepentingan ketika Malaysia menuju ke arah negara neutral karbon  menjelang 2050.” 

Perkongsian itu adalah sebahagian daripada pelan kemampanan berterusan UEM Sunrise  berdasarkan Pelan Tindakan Kemampanan 1.0 mereka, di mana ia memberi tumpuan kepada  aspek utama Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan memfokuskan pendekatan  langkah demi langkah ke arah masa hadapan rendah karbon menjelang 2030, dan berusaha  mencapai emisi sifar menjelang 2040 dan menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.