Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

KOPETRO lancar ‘KVClean’ jenama baharu yang mesra alam sekitar

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur hari ini bagi melancarkan produk baharu jenama KVClean. Dimeriahkan dengan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO, Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). 

Mula beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.  

Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat. 

“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19” ujar Wan Ahmad Tarmizi.

Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar. Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.

Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung.

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788. Anda juga boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean dengan mengikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.