Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

CGS-CIMB Futures melancarkan akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah pertamanya untuk produk derivatif Bursa Malaysia

CGS-CIMB Futures Sdn Bhd ("CGS-CIMB Futures") telah melancarkan Niaga Hadapan Patuh Syariah (“SCF”) pertamanya bagi menambah baik akses pelabur tempatan dan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pelaburan yang mampan. Pelabur kini boleh berdagang dalam Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit (“FCPO”) dan Kontrak Hadapan Minyak Inti Sawit Mentah (“FPKO”) yang disenaraikan di Derivatif Bursa Malaysia dengan fikiran yang tenang di dalam persekitaran patuh syariah yang lengkap.

“FCPO dan FPKO telah diumumkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai produk patuh syariah. Kami gembira kerana CGS-CIMB Futures telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan persekitaran patuh syariah yang lengkap di mana pelanggan boleh berdagang tanpa perlu risau terlibat dalam dalam pendapatan Tidak Patuh Syariah,” kata Profesor Dr. Aznan Hasan, Penasihat Syariah CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

“Matlamat kami adalah untuk menawarkan peluang kepada pelabur untuk melabur mengikut prinsip mereka dalam mencapai matlamat pelaburan mereka, serta menjana impak yang mampan dan positif. Dalam keadaan pasaran yang mencabar, pelabur mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan kontrak niaga hadapan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka. Kami telah menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur sejak prapelancarannya pada Persidangan Pelaburan Syariah 2022 dengan kerjasama Bursa Malaysia,” kata Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kumpulan Perkhidmatan Pelaburan Syariah CGS-CIMB Securities.

Sebagai sebahagian daripada komitmen organisasi untuk membantu pelabur membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan yang mampan, CGS-CIMB Futures menyediakan pedagang dan pelindung nilai yang berminat dengan platfom SCF patuh syariah yang lengkap dalam mempelbagaikan portfolio mereka dan mendapat manfaat daripada keumpilan dagangan (leverage trading). CGS-CIMB Futures akan menganjurkan beberapa siri webinar untuk membantu pelabur memaksimumkan potensi dagangan niaga hadapan patuh syariah dan memahami ciri keumpilan dan risiko yang berkaitan.


Kandungan ini disediakan oleh Aegis Communication Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.