Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Malaysia Techlympics 2022: Dron dan aplikasinya

Tiada had umur untuk seseorang mula mendalami ilmu Sains, Teknologi dan Inovasi, terutamanya dalam bidang berkaitan dron.

Berbekalkan sebatang pensil dan semangat yang tinggi, pemahaman dari aspek teori dan teknikal adalah langkah pertama dalam  memperkasakan bidang ini.

Tema “Dron dan Aplikasinya” yang cukup popular dalam Program Malaysia Techlympics 2022 memberi impak yang besar terhadap perkembangan bidang dron dikalangan komuniti pelajar sekolah rendah dan menengah.

Landasan ini memberi peluang kepada anak-anak Malaysia seawal 7 tahun untuk menceburi minat dalam salah satu bidang STEM untuk perkembangan Sains, Teknologi dan Inovasi di negara kita.

#MalaysiaTechlympics #MOSTI #STIE #BerhubungBersaingBerjaya


Kandungan ini disediakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.