Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jom sertai Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022

Orang ramai dijemput untuk menyertai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang diadakan secara dalam talian bermula pada  1 hingga 30 Jun 2022 (satu bulan).   Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 boleh disertai secara percuma melalui dua (2) kategori, iaitu:

a) Kategori Murid Sekolah (berumur 15 hingga 17 tahun) yang sedang menuntut di sekolah menengah kerajaan / swasta; dan

b) Kategori Terbuka (warganegara Malaysia) berumur 18 tahun dan ke atas.

Hadiah wang tunai menanti para peserta bagi setiap kategori iaitu:

• Johan - RM 2,500.00, trofi dan sijil 

• Naib Johan - RM 1,500.00 trofi dan sijil

• Ketiga - RM 1,000.00 trofi dan sijil

• Keempat & Kelima - RM 750.00 & sijil (setiap seorang)

• Sagu hati (10 orang)- RM 300.00 & sijil (setiap seorang)

Objektif utama pertandingan adalah untuk memupuk amalan membaca, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali dalam kalangan generasi muda. 

Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah bagi mendapatkan tiga (3) peserta terbaik berumur 15 hingga 17 tahun bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang akan diadakan oleh negara Myanmar, pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan  oleh sekretariat pertandingan tersebut kelak. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menyertainya secara dalam talian (online) dengan mendaftar di Aplikasi Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 iaitu www.aseanquiz2022.com.my atau www.kuizasean.penerangan.gov.my  yang boleh diakses terus oleh para peserta sepanjang masa (24 jam) dengan menggunakan gajet persendirian bermula 1 hingga 30 Jun 2022.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran kuiz ini boleh melayari Facebook rasmi “IRDivision” atau laman sesawang “Jabatan Penerangan Malaysia”.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.