Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Karnival Usahawan Orang Asli Tahun 2022

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 bermula pada 24 hingga 26 Jun 2022.  Karnival tahunan ini akan dianjurkan semula setelah dua tahun tidak dianjurkan akibat penularan wabak Covid-19. 

Objektif utama karnival ini adalah untuk menyediakan platform bertaraf kebangsaan kepada usahawan Orang Asli melalui penganjuran program berbentuk promosi dan jualan terus bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan selain daripada memperkenal dan membantu memperluaskan pasaran produk usahawan Orang Asli kepada masyarakat umum; serta meningkatkan penjanaan ekonomi usahawan Orang Asli dengan membuka lebih banyak ruang dan peluang yang akan memberi impak kepada pendapatan.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan karnival ini yang akan membuka tirainya pada jam 10 pagi 24 Jun 2022. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Facebook KUOA 2022 di https://www.facebook.com/KUOA2022/ atau Facebook JAKOA di https://www.facebook.com/jakoamalaysia.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.