Hanya 18% kenderaan yang ditunda semasa banjir mempunyai perlindungan banjir - AXA
Banjir adalah antara bencana semulajadi yang paling biasa berlaku di Malaysia oleh kerana cuaca Khatulistiwanya dan terdapatnya dua musim monsun. Ia menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini, berpunca dari perubahan cuaca dunia yang nyata dan natijahnya adalah kejadian banjir teruk yang tidak dapat dijangka yang melanda kawasan bandar dan luar bandar awal tahun ini.
Menjelangnya musim monsun dan hujan, risiko banjir adalah jelas. Ia juga terus menjadi kebimbangan sekali lagi kepada ramai rakyat Malaysia yang masih belum diinsurankan terhadap banjir. Statistik dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan hanya 4% daripada rakyat Malaysia yang telah membeli perlindungan insurans banjir.
AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) menambah ketika salah satu kejadian banjir yang berlaku di negara tahun lalu, lebih dari 80% kenderaan yang ditunda oleh syarikat insurans tersebut tidak mempunyai perlindungan banjir.
Di sebalik peningkatan yang agak kecil di kalangan mereka yang membeli perlindungan banjir selepas kejadian banjir tahun lalu (3.9% dari pemegang polisi motor AXA telah memasukkan perlindungan banjir ke dalam polisi motor mereka tahun ini*), ramai rakyat Malaysia masih kurang perlindungan insurans dan mempunyai kesedaran yang rendah terhadap kepentingan insurans banjir.
Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, “Pada hakikatnya, seseorang hanya sedar tentang kepentingan perlindungan insurans selepas berlakunya sesuatu insiden bila mereka tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mempunyai cara untuk menggantikan kerugian atau kerosakan mereka. Pemikiran seperti ini mesti diubah kerana insurans bukan mengenai ramalan atau pelaburan, tetapi langkah bersedia terhadap risiko luar jangkaan dan memastikan perlindungan kewangan dan ketenangan minda.”
Insurans banjir adalah suatu keperluan dan adalah penting untuk menginsurankan kenderaan, kediaman dan harta – harta lain untuk mengurangkan impak kewangan sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Oleh kerana banjir adalah perlindungan pilihan di bawah polisi motor komprehensif, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk membeli atau menambah pelan insurans untuk merangkumi Bencana banjir atau Bencana Khas (yang bukan sahaja melindungi terhadap banjir tetapi melindungi juga ribut, tanah runtuh dan lain-lain bencana semulajadi).
Perlindungan banjir AXA untuk kenderaan dan kediaman boleh dilanggan terus dari AXA, agennya, rakan kongsi dan pasaran insurans.Jika berlakunya banjir, AXA komited untuk menawarkan segala bantuan kepada pemegang polisi dalam memudahkan proses tuntutan, khidmat penundaan percuma , perkhimatan hotline 24 jam dan lain -lain lagi.
Di samping itu, untuk memupuk kesedaran yang lebih dan penghayatan tentang insurans banjir, AXA telah melancarkan kempen #BeFloodSmart di atas platfom media sosialnya untuk berkongsi tip pendidikan dan maklumat tentang banjir dan perlindungan insurans. Untuk mengetahui dengan lanjut, sila layari https://www.facebook.com/MYAXAAffin.
Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai