Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Lazada bekerjasama dengan MPS bagi membolehkan pembelian dalam talian yang lebih terjamin dan selamat untuk produk kesihatan

Lazada Malaysia dan Persatuan Farmasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Pharmacists Society (MPS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan para pelanggan membeli ubat-ubatan, vitamin, keperluan pelengkap kesihatan dan alat peranti kesihatan dengan lebih selamat, yakin dan mudah menerusi pengesahan MPS terhadap farmasi dalam talian dan para penjual bagi kategori kesihatan di Lazada Malaysia.

Kerjasama strategik ini bakal memangkin visi ke arah merealisasikan pembentukan ekosistem eDagang yang berteraskan kepercayaan yang kukuh di kalangan para pengguna, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan membeli produk medikal dan kesihatan yang diperakui daripada penjual dalam talian yang berwibawa dan bertauliah. 

Pengesahan tersebut akan diberikan oleh MPS kepada farmasi atau kedai utama di LazMall – destinasi dalam talian bagi jenama yang dijamin tulen – dan juga kepada para penjual bagi kategori kesihatan di Lazada Marketplace. Para pelanggan boleh mengenalpasti farmasi dalam talian yang telah disahkan oleh MPS dengan memeriksa ‘Sijil Pengesahan MPS’ yang dipaparkan di halaman depan kedai mereka.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut telah berlangsung pada 25 Mei 2022 di antara Tuan Haji Amrahi Buang (Presiden, Persatuan Farmasi Malaysia – MPS), dan En. Darren Rajaratnam (Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia) bagi pihak En. Cheang Kiat Cheong (Ketuan Pegawai Kewangan, Lazada Malaysia), dan disaksikan oleh Cik Zhou Chenxi (Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia), serta En. John Yeo (Ahli Majlis MPS), dan Cik Syireen Alwi (Penolong Setiausaha Kehormat MPS).

“Berdasarkan Lazada Consumer Study 2022, 20% daripada rakyat Malaysia kebiasaannya membeli-belah dalam talian sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Pada kebelakangan ini, justeru permintaan yang semakin memberangsangkan bagi produk kategori kesihatan, verifikasi  MPS terhadap farmasi dalam talian di Lazada akan melindungi para pelanggan dan menambah keyakinan semasa membeli produk medikal dan kesihatan dalam talian. Dengan adanya lebih banyak penjual produk kesihatan bertauliah serta farmasi dalam talian, ini akan membolehkan para pelanggan mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan dengan lebih mudah, di samping membantu mereka menjimatkan wang dan masa,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.

“Pengesahan oleh MPS merupakan satu testimoni terhadap kredibiliti e-farmasi, lantas memberikan para pelanggan jaminan dan keyakinan apabila membeli produk kesihatan untuk diri mereka dan keluarga yang tersayang. Bagi Persatuan Farmasi Malaysia, kami mengambil serius tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai terhadap kepentingan memilih produk yang diperakui daripada e-farmasi yang bertauliah. Maka dengan itu, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lazada bagi menggalakkan usaha ke arah verifikasi MPS bagi farmasi dalam talian, lantas mendukung kaliber ahli farmasi dan pakar kesihatan professional dalam sektor farmaseutikal,’ menurut Tuan Haji Amrahi Buang, Presiden MPS.

Dengan adanya ‘Sijil Pengesahan MPS’ tersebut, ia juga dapat menambah nilai kepada farmasi dalam talian, dengan membezakan mereka dan memberikan kelebihan kompetitif sebagai kedai menjual produk kesihatan yang bertauliah dan dipercayai. Ianya akan turut membantu memperluaskan titik sentuh pelanggan (customers touchpoint) bagi perniagaan mereka dengan menyambungkan para pelanggan luar talian (offline) kepada kedai dalam talian mereka di Lazada. Malah, pelbagai produk kesihatan bagi farmasi dalam talian akan diserlahkan menerusi ‘LazHealth’, iaitu pusat sehenti di aplikasi Lazada Malaysia, lantas membolehkan para pelanggan mendapatkan rangkaian produk kesihatan yang diperakui dengan lebih mudah, yakin dan selamat.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.