Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Allianz We Care Community membantu ahli dengan pembayaran RM7.7 juta sejak pandemik COVID-19

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) melalui inisiatif Allianz We Care Community, telah membayar RM7.7 juta (sehingga Mac 2022) bagi membantu ahli yang terjejas oleh pandemik COVID-19, selain daripada manfaat penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang disediakan oleh program itu.

Allianz We Care Community telah ditubuhkan pada tahun 2020, untuk membantu dan meyakinkan rakyat Malaysia dalam masa yang tidak tentu, semasa dan selepas pandemik COVID-19.

Sehingga kini, komuniti tersebut mempunyai lebih 1.3 juta ahli termasuk pelanggan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, serta bukan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata sebagai penanggung insurans, peranan syarikat adalah untuk menawarkan perlindungan apabila ia paling diperlukan dan syarikat mahu mengambil bahagian dan membantu mereka yang memerlukan sokongan.

“Mengimbas kembali ke 2020, kami semua bimbang tentang situasi terburuk dan terutamanya tentang masa depan. Adalah perlu bagi kami untuk memberi jaminan kepada orang ramai, bukan hanya pelanggan kami, bahawa kami akan menyediakan keselamatan dan perlindungan dengan sebaik mungkin.

“Walaupun kita sudah mula beralih ke fasa endemik, Allianz We Care Community akan terus memberikan sokongan aktif kepada ahli berdasarkan perkembangan situasi COVID-19.

“Buat masa ini, kami mempunyai lebih daripada 30 faedah penjagaan kesihatan, gaya hidup dan kesejahteraan yang tersedia untuk ahli Allianz We Care Community yang berdaftar dan manfaat baru akan diperkenalkan secara berkala,” kata Wang.

Program ini juga menyediakan manfaat kesihatan dan gaya hidup eksklusif termasuk pakej pemeriksaan kesihatan penilaian pemulihan pasca COVID-19, diskaun untuk sesi fisioterapi, pakej khas pemeriksaan kesihatan lawatan ke rumah, diskaun untuk sewa peralatan perubatan, dan akses kepada sokongan telekesihatan, antara lain.

Selain daripada manfaat-manfaat tersebut, Allianz We Care Community turut menganjurkan seminar kesihatan yang merangkumi topik yang berkaitan dengan COVID-19, serta kesejahteraan mental, antara lain.

Allianz We Care Community terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pemastautin tetap, yang berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti, layari https://allianz.com.my/we-care.

Untuk butiran lanjut, hubungi kami di 1-300-22-5542 atau [email protected] dari Isnin hingga Jumaat antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Tertakluk pada terma dan syarat


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.