Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’: Lazada perkenalkan jelajah O2O pertama

Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba, Lazada Malaysia membawakan keriangan jelajah Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati, kombinasi menarik O2O (offline-to-online) yang pertama, dengan pameran bergerak bertemakan Ramadan dan Raya, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai di lokasi-lokasi hangat, di samping siaran strim secara langsung yang dibawakan khas untuk hadirin dalam talian.

Siri jelajah tersebut akan dihoskan oleh DJ Ili Ruzanna di beberapa bazar Ramadan serta lokasi food truck sekitar Lembah Klang sepanjang dua minggu, termasuk :

  • 22 April 2022 (Friday), 4.00 pm – 7.00 pm: Ramadan Bazaar Taman Tun Dr. Ismail

  • 23 April 2022 (Saturday), 4.00 pm – 7.00 pm: Uptown Jalan Reko, Kajang

  • 30 April 2022 (Saturday) 8.45 pm – 12.00 am: Santai Setia Alam 

Lazada berhasrat untuk membawakan gedung dalam talian di app Lazada dengan lebih rapat kepada rakyat Malaysia menerusi pengalaman O2O yang unik dan mengasyikkan. Dalam era peruncitan lintas omnichannel, para pelanggan menginginkan integrasi yang selaras tanpa kelim semasa membeli belah samada secara fizikal atau dalam talian, mahupun kombinasi kedua-duanya. Sepanjang kempen Ramadan dan Raya Lazada Malaysia yang bertemakan ‘Tambah ke Troli, Bertambah-Tambah ke Hati’, para pelanggan dapat mengimbasi ribuan produk pada harga yang berbaloi di app Lazada. Manakala bagi Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati pula, mereka dapat mendekati produk yang dipamerkan menerusi seleksi yang telah dikurasikan khas, dengan pelbagai tawaran ‘mesti beli’ untuk Ramadan dan Raya.

Khalayak ramai juga boleh merebut diskaun dan baucar promosi dari pelbagai jenama di dalam kategori seperti fesyen, perhiasan dan perkakasan rumah, serta peralatan elektronik. Banyak produk seperti baju raya, kuih raya, produk kecantikan dan kosmetik, serta kelengkapan rumah untuk menghiasi kediaman menjelang Syawal akan dipamerkan. Para pelanggan dapat melihat serta touch and feel produk-produk tersebut, sebelum mengimbas QR code tersendiri bagi setiap barangan pameran, lantas membuat pembelian dan pembayaran menerusi app Lazada.

Lazada juga akan menggandakan keceriaan bagi mereka yang hadir di lokasi-lokasi jelajah dengan peluang untuk memenangi hadiah hebat seperti Sony 50” Smart TV. Di samping itu, Lazada akan membawakan lintas langsung LazLive – siaran istimewa strim secara langsung selama satu jam yang boleh ditonton menerusi app Lazada, pada setiap tarikh jelajah. Sementara itu, mereka yang mengikuti siaran LazLive juga boleh menyertai ‘Voucher Rain’ – permainan dalam talian yang membolehkan mereka mengumpulkan baucar hebat. Secara keseluruhan, menerusi pelbagai aktiviti di lokasi dan juga permainan dalam talian, Lazada menawarkan pelbagai baucar bernilai hampir RM12,000 untuk dimenangi.

Keceriaan semakin berterusan pada 21 April 2022 dengan konsert khas LazLive Akustika Mubarak Bertambah-Tambah ke Hati bermula pada pukul 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam, dengan persembahan khas oleh Shila Amzah, Alif Aziz, Faizal Tahir, Nabila Razali dan ramai lagi. Ia juga membawakan segmen khas LazadaForGood – platform pemberian derma secara digital yang terjamin dan selamat, bagi mengumpulkan dana untuk Islamic Relief Malaysia dan juga badan-badan amal yang lain seperti Mercy Malaysia dan The Lost Food Project, demi membantu komuniti dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan makanan, bantuan penjagaan kesihatan serta keperluan harian sepanjang Ramadan ini. Selain daripada pengumpulan dana derma semasa siaran LazLive, orang ramai juga boleh menyumbangkan derma ikhlas kepada badan-badan amal menerusi LazadaForGood : https://s.lazada.com.my/s.eKYQu

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati, ikuti Lazada Malaysia Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my dan Twitter @LazadaMY.

Saksikan siaran strim langsung LazLiveLazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’: https://s.lazada.com.my/s.V2MKI serta ikuti ‘Akustika Mubarak Bertambah-Tambah ke Hati’: https://s.lazada.com.my/s.ezYMB menerusi aplikasi Lazada Malaysia, YouTube atau Facebook, dan jangan lupa untuk menonton video Lazada Raya 2022‘Bertambah-Tambah ke Hati’ di YouTube:


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.