UEM Sunrise memeriahkan masyarakat KL di Happy Space Lot 149
UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia memeriahkan suasana di pusat bandar Kuala Lumpur di Happy Space Lot 149 Syarikat pada Ahad lalu sempena KL Car-Free Morning sejurus dengan Hari Kebahagiaan Antarabangsa.
Terletak bersebelahan dengan Hotel W di simpang Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee berdekatan dengan KLCC (Kuala Lumpur City Centre), Lot 149 telah diaktifkan sebagai kawasan Happy Space. Ia dijadikan tempat untuk pemberian hadiah sagu hati termasuk santapan ringan dan cenderamata kepada mereka yang lalu-lalang. Selain menambah percikan warna yang menunjukkan perbezaan antara keindahan semula jadi Malaysia dengan hutan konkrit Kuala Lumpur, panel mural di Happy Space Lot 149 secara keseluruhan juga berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar melalui seni jalanan.
Happy Space Lot 149 merupakan salah satu kawasan UEM Sunrise yang meriah di bawah inisiatif Happy Space, yang bertujuan untuk menjadi ruang interaksi dan penglibatan komuniti yang mudah dibentuk dan anjal. Program Syarikat yang berlangsung Ahad lepas turut merupakan sokongan kepada acara KL Car-Free Morning yang merupakan sebuah inisiatif hijau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha menerapkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk bandar dan mengurangkan pelepasan karbon, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Selaras dengan inisiatif seni Syarikat bertajuk "K'Artulistiwa" yang dilancarkan baru-baru ini, Happy Space juga berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti sekitar pembangunannya, sehubungan dengan falsafahnya untuk mencipta ruang yang ceria. Perancangan sedang dijalankan untuk mengembangkan Happy Space ke pelbagai ruangan Syarikat yang meriah di bawah pembangunan-pembangunannya di wilayah Tengah dan Selatan.
“Memandangkan wabak Covid-19 telah menjejaskan negara kita sejak dua tahun yang lepas, kami ingin melakukan sesuatu yang menyeronokkan sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa pada tahun ini, oleh itu kami berganding bahu dengan DBKL untuk menyiapkan ruang aktiviti di Happy Space Lot 149 kami untuk mengeratkan hubungan dengan para pengunjung bandar serta menunjukkan sokongan kepada KL Car-Free Morning,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah.
“Melihat bilangan orang yang berkunjung ke KL Car-Free Morning sangat meyakinkan. Tidak kira sama ada mereka berlari, berjalan atau berbasikal, acara tersebut sangat meriah dan penuh bertenaga. UEM Sunrise berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif unggul ini dalam mengumpulkan orang ramai untuk menerokai pusat bandar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki atau berbasikal, di mana mereka selalunya hanya melihat pemandangan bangunan daripada keselesaan kereta mereka atau pengangkutan awam,” tambahnya.
Happy Space memberi penghormatan kepada slogan UEM Sunriseiaitu 'Find Your Happy' yang telah dilancarkan pada tahun 2020 untuk menggalakkan orang ramai mencipta detik gembira di mana-mana sahaja mereka berada – sama ada dalam keselesaan rumah atau di luar, 'Find Your Happy' merupakan sebuah perjalanan pelbagai hentian yang menekankan pilihan untuk mencari kebahagiaan dalam setiap saat kehidupan kita.
Sejak penubuhannya, UEM Sunrise telah menganjurkan pelbagai inisiatif di bawah slogan 'Find Your Happy' untuk komuniti termasuk menderma bekalan perubatan kepada pekerja barisan hadapan, memberi makanan asas dan pakej penjagaan kepada mereka yang memerlukan semasa Program Bantuan Keperluan Asas Covid-19, mengubah suai ruangan komuniti kepada BukuHub, mengedarkan komputer di Sekolah Angkat PINTARnya di Johor, dan sebagainya.
Hari Kebahagiaan Antarabangsa telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2012 untuk mengiktiraf kepentingan kebahagiaan dan kesejahteraan sebagai matlamat sejagat dalam masyarakat. Ini juga mengesahkan keperluan untuk rancangan yang lebih inklusif dan adil terhadap perkembangan ekonomi yang menggalakkan pembangunan yang mampan, pembasmian kemiskinan, kebahagiaan, dan kesejahteraan keseluruhan semua rakyat.
Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai