Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lazada raikan kegemilangan epik 10 tahun sebagai perintis eDagang di Malaysia

Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dengan pelbagai acara dan aktiviti sepanjang tahun bagi Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia, termasuk memperkenalkan Time Machine peribadi, iaitu fungsi dalam aplikasi yang meraikan detik-detik manis bersama Lazada yang telah menceriakan kehidupan pengguna selama ini. 

Selain daripada memaparkan mercu penting bersama sejak sedekad lepas, para pengguna boleh menentukan mana satu daripada sembilan profil pembeli unik yang sepadan dengan mereka, bagi memperlihatkan maklumat gaya hidup terkini dan mengumpulkan hadiah Ulang Tahun Ke-10 Lazada apabila mereka berkongsi profil #MyLazadaTimeMachine di saluran media sosial masing-masing, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada.

“Misi melonjakkan pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu matlamat utama Lazada sejak ia ditubuhkan serta tampil sebagai perintis e-Dagang di rantau ini. Sempena dengan perayaan ulang tahun ke-10 tahun ini, kami juga meraikan perniagaan dan komuniti yang setia bersama kami selama ini, kerana keyakinan mereka terhadap kami telah membolehkan Lazada untuk memainkan peranan penting dalam kehidupan harian para pengguna di Asia Tenggara. Fungsi Time Machine dalam aplikasi merupakan cara kami untuk mengimbas kembali saat-saat indah bersama para pelanggan selama ini.

Kami juga akan sentiasa komited terhadap matlamat kami untuk menjana pertumbuhan mampan di seluruh ekosistem dan menambah nilai kepada kehidupan para pengguna – termasuk melabur untuk membina keupayaan tempatan, memberi peluang kepada penjual untuk menjana pendapatan dan juga menambah baik pengalaman pengguna,” kata Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lazada.

Filem singkat terbaharu jenama ini turut mengajak pengguna mengembara ke Lazada City, di mana duta-duta jenama Lazada membawa tetamu menyelami dunia keajaiban runcit futuristik yang serba menarik untuk bertemu Lazzie, maskot Lazada kesayangan ramai, dan juga seorang tetamu istimewa yang tidak diduga. Semua orang akan berkumpul mengelilingi kek ulang tahun gergasi di tengah-tengah bandar raya tersebut untuk menyambut ulang tahun Epik yang Ke-10 Lazada.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10, saluran LazLive Lazada akan menyiarkan rancangan penstriman langsung tanpa henti selama 10 jam, yang menjanjikan hadiah eksklusif dan persembahan selebriti dalam acara Super Party yang unik, sambil menghitung detik menjelang Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada yang bermula pada tengah malam 27 Mac. Parti Penstriman Langsung Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada yang akan diadakan pada 26 Mac dari 2PTG hingga 12 MLM, termasuk persembahan istimewa penstriman langsung khas dengan lebih 100 tawaran Epik eksklusif untuk dimenangi, dan juga baucar-baucar bernilai RM80,000 dan Kotak Kejutan Ulang Tahun Epik istimewa yang pastinya menjadi rebutan penonton bertuah.

Semua aktiviti yang diatur khas merupakan pendahuluan kepada Lazada Super Party yang amat dinantik-nantikan, dengan membawakan persembahan barisan penyanyi terkenal Malaysia seperti Ziana Zain, Dolla, Aina Abdul, dan Khai Bahar. Lazada Super Party juga menampilkan dua selebriti paling ‘meletup’ di Malaysia iaitu Nabila Razali dan Nora Danish, yang kedua-duanya merupakan Duta Jenama Lazada. Ganjaran Voucher Rain (Hujan Baucar), salah satu ciri tersendiri hiburan beli-belah di Lazada, kembali menghujani penonton di dalam aplikasi lantas membolehkan pelanggan mengumpul lebih banyak baucar untuk digunakan semasa Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada, bersama servis Penghantaran Percuma dan ganjaran Lazada Bonus.

Di samping itu, Lazada juga akan melancarkan peraduan media sosial #ShareYourEpic (KongsiEpikAnda) di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Para pengguna di Malaysia boleh menyertai peraduan ini - #MYEPICLazadaBday dengan berkongsi video di Instagram Reels atau TikTok yang memaparkan paparan screenshot troli beli-belah Lazada secara kreatif dari sekarang hingga 22 Mac untuk merebut peluang menjadi salah seorang daripada 20 pemenang bertuah yang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000. 

Di samping itu, seorang daripada 20 pemenang dari Malaysia akan dipilih(1) untuk memasuki pusingan kedua peraduan pada bulan April, dan berpeluang memenangi hadiah utama beli-belah sakan Lazada bernilai USD10,000.

LazCoins: Pulangan Tunai Lebih Besar Untuk Penjimatan Lebih Hebat di Lazada 

Pelanggan Lazada yang berpengalaman pastinya tahu cara untuk berbelanja dengan bijak dan memanfaatkan setiap sen. Dengan mengumpulkan LazCoins, pembeli boleh menebus ganjaran dan menikmati penjimatan lebih besar justeru pembelian mereka. Dari 14 hingga 26 Mac, para pelangaan Lazada akan menerima ganjaran pulangan tunai berbentuk 500 LazCoins apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di Lazada. Di samping itu, dari 27 hingga 29 Mac, Lazada akan terus menambahkan keseronokan dengan menawarkan ganjaran pulangan tunai 50% LazCoins(2) tanpa sebarang perbelanjaan minimum untuk semua pelanggan Lazada yang setia dan sentiasa memberikan sokongan padu. 

Lazzie Hunt & Lazzie Star: Rebut Tawaran Hebat dengan maskot kesayangan ramai Lazada

Lazzie Hunt kini kembali dengan lebih banyak ganjaran dan ciri yang menarik, termasuk Lazzie BID, yang membolehkan orang ramai menukarkan Lazzie yang dikumpulkan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik tajaan jenama-jenama seperti Xiao Mi, Dibea, Tineco, dan banyak lagi!

Mulai 21 Mac hingga 10 Mei, pembeli Lazada boleh mengumpulkan Lazzie menerusi Lazzie Hunt Mission Centre di dalam aplikasi atau mengimbas kod QR pada bungkusan Lazada dan di gedung-gedung rakan niaga dan penyedia pengangkutan yang turut serta seperti Maxis, CIMB Bank, Domino’s, US Pizza, Oppo, AirAsia Ride, and Babyshop. Lazzie yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapat pelbagai baucar, rebat dompet, LazCoins, dan manfaat lain, yang pastinya menjanjikan ganjaran terbaik buat rakyat Malaysia. 

Bermula dari 21 Mac, klik sini untuk mengumpul Lazzie percuma khas untuk para pembaca: https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/qrcode-scan?hybrid=1&_delivery_source=PRSPECIAL&lazzieType=Random

Lazzie juga akan muncul sebagai seorang pembuat kek dalam permainan terbaharu Lazada, Lazzie Star - Cake Master, yang boleh dimainkan dari 16 hingga 29 Mac. Para pengguna boleh membantu Lazzie "naik pangkat" melalui enam peringkat permainan, daripada Baru Belajar (Apprentice) kepada Pakar Kek (Cake Master), sambil mengumpulkan ganjaran Lazada Bonus dan diskaun eksklusif dalam permainan.

Ganjaran Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma:  Satu Kemestian Bagi Pemburu Tawaran

Pelbagai ganjaran Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang disediakan di platform ini harus dimanfaatkan oleh semua pemburu tawaran hebat di luar sana! Antara 21 dan 27 Mac, sehingga 50,000 baucar Penghantaran Percuma boleh dikumpulkan setiap hari. Para pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan sebanyak RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh pelanggan dari 27 hingga 29 Mac dan boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain. 

Jualan Kilat Ulang Tahun Ke-10: Raikan Dengan Tawaran Terbaik!

Lazada sentiasa berusaha untuk membawakan tawaran terbaik dengan pelbagai pilihan dan diskaun hebat bagi para pelanggan. Sempena ulang tahun kali ini, platfrom e-Dagang tersebut membawakan tawaran menarik pada harga rendah untuk semua para pelanggan menerusi Super Flash Sale dan juga Crazy Flash Sale sepanjang masa, dengan tawaran EPIK serendah RM0.10. Para pembeli boleh menantikan jualan murah bagi pelbagai barangan yang menjadi idaman ramai di media sosial yang ditawarkan pada harga paling rendah sepanjang beberapa bulan lepas. 

Tawaran Hebat Jenama: Pembelian Eksklusif Tempoh Terhad 

Pada tengah malam 27 Mac, dari jam 12MLM hingga 2PG, Jualan Ulang Tahun Epik Ke-10  Lazada akan mencapai kemuncaknya, apabila LazMall, destinasi jenama yang dijamin tulen oleh Lazada, melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers dengan potongan sehingga 70% untuk tempoh terhad. Para peminat jenama boleh merebut tawaran terbaik tahun ini pada harga terendah daripada jenama-jenama kegemaran mereka seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya ditawarkan untuk dua jam pertama sempena Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada. 

Chup Dulu: Siapa Cepat Dia Dapat

Tidak cukup dengan segala diskaun hebat dan tawaran harga terendah yang disediakan sempena Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada, pelanggan yang bijak boleh lebih memanfaatkan wang mereka dengan Chup Dulu, iaitu ciri pra-tempahan dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh membuat pra-tempahan produk dambaan ramai daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, Chicco, Dettol, Nespresso, Hasbro dan banyak lagi, dengan membayar deposit 10% yang tidak boleh dipulangkan dari sekarang sehingga 26 Mac. Pada 27 Mac mulai jam 2PG, pembeli boleh terus membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah. 

Sepanjang Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik, para pembeli juga boleh mencuba teknologi Virtual Try-On(3) berasaskan AR (Realiti Terimbuh) dan AI (Kecerdasan Buatan) apabila mereka membuat pembelian di gedung-gedung utama jenama seperti Bobbi Brown, Estée Lauder dan M.A.C. di LazMall. Mereka boleh cuba mengubah penampilan dalam sesi makeover maya yang serba realistik menggunakan produk utama jenama-jenama kecantikan(4) tersebut sebelum membuat pembelian.

Pada awal bulan ini, Lazada juga telah meraikan kejayaan 18 penjual wanita cemerlang di acara tahunan Anugerah Wanita Terulung Lazada kedua, yang diadakan baru-baru ini sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. Anugerah tersebut meraikan pencapaian para penerima anugerah yang telah berjaya mencari kelainan serta bijak memaksimumkan peluang, mencabar kelaziman sosial dan mengembangkan perniagaan masing-masing menerusi platform Lazada.


(1) Tertakluk pada Terma dan Syarat. Mekanik peraduan mungkin berbeza tertakluk kepada pasaran masing-masing Lazada beroperasi.

(2) Tertakluk pada Terma dan Syarat

(3) Virtual Try-On disediakan dalam aplikasi mudah alih Lazada bagi model Android dan iOS.

(4) Produk tertentu yang disediakan untuk Virtual Try-On bagi setiap jenama.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.