Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dutch Lady Milk Industries Berhad anugerahkan kontrak pembinaan bernilai lebih RM100

Pengeluar tenusu terkemuka Malaysia, Dutch  Lady Milk Industries Berhad (DLMI) telah melantik kontraktor tempatan,  Seremban Engineering Berhad (SEB) sebagai kontraktor utama untuk  membina kilang pembuatan produk tenusu halal baharunya di Techpark,  Bandar Enstek, Negeri Sembilan. 

Kontrak bernilai lebih RM100 juta itu merangkumi semua kerja-kerja sivil,  struktur dan seni bina yang akan dikendalikan oleh SEB untuk membina  hab pembuatan produk tenusu halal baharunya yang berkeluasan kira-kira  13 hektar. Kontrak ini bernilai 25% daripada jumlah RM400 juta pelaburan  DLMI. Hab pembuatan tenusu halal baharu itu dijangka akan mula  beroperasi pada tahun 2024. 

Pengumuman itu dibuat semasa majlis tertutup hari ini yang dihadiri oleh  pihak pengurusan DLMI dan SEB di pejabat korporat DLMI di Petaling Jaya  dan turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon,  Ketua Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan dan Puan Zetty Hamimi  Zakaria, Pengarah di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)  Negeri Sembilan.

SEB yang memiliki rekod prestasi selama 42 tahun merupakan syarikat  tersenarai awam di Bursa Malaysia yang mengkhusus dalam fabrikasi  peralatan dan keluli, perkhidmatan kejuruteraan dan pemasangan kilang.  Pada tahun 2019, SEB telah diambil alih oleh MIE Industrial Sdn Bhd,  sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan  (EPCC) dalam industri minyak dan gas. 

Pengarah Urusan DLMI Ramjeet Kaur Virik berkata DLMI teruja dengan  pencapaian ini sejak 59 tahun kewujudan syarikat di Malaysia kerana ia  menjadi bukti kepentingan negara selaku hab tenusu halal. 

“Kerja-kerja pembinaan telah bermula di hab pembuatan tenusu halal  baharu kami ini yang bakal membolehkan proses pembuatan dilakukan  secara lebih efisien. Secara tidak langsung, ini akan menggandakan  kapasiti pengeluaran kami. DLMI mengalu-alukan kerjasama dengan SEB  kerana ianya mewujudkan peluang berkolaborasi dengan rakan kongsi lain  untuk membina hab pembuatan tenusu halal masa depan Malaysia,  seterusnya Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa untuk generasi kita akan  datang,” kata Ramjeet. 

Negeri Sembilan menjadi destinasi pelaburan pilihan DLMI kerana dasar  negeri yang mesra perniagaan selain faktor jaraknya yang berdekatan  dengan Lembah Klang. Kemudahan baharu DLMI di Techpark, Bandar  Enstek ini turut terletak di lokasi yang strategik dan dihubungkan dengan  infrastruktur yang sangat baik dan rangkaian jalan raya ke semua pusat  bandar dan pelabuhan. Hab industri halal yang semakin berkembang di  Techpark @ Enstek yang turut menjadi tuan rumah pelbagai jenama  makanan dan minuman (F&B) lain juga menjadi penentu dalam  mempengaruhi keputusan DLMI membina kemudahan baharu itu di Negeri  Sembilan.

“Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri atas sokongan  berterusan yang diberikan kepada DLMI dalam memastikan kejayaan  perpindahan hab kami ke Enstek kelak. Kami berharap kemudahan  pembuatan baharu ini akan membantu meningkatkan profil pelaburan  Negeri Sembilan dan Malaysia sebagai hab berteknologi tinggi yang dapat  menarik para pengilang tempatan dan asing,” tambah Ramjeet. 

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Wong Wai Hung berkata, “Kami berbesar hati  dianugerahkan kontrak ini oleh DLMI untuk membina hab tenusu halal  baharu mereka. Ia adalah peluang yang cukup bermakna bagi kami untuk  memperlihatkan kepakaran pembinaan kami dan menyediakan  penyelesaian infrastruktur untuk kemudahan revolusioner ini, yang akan  membantu DLMI memacu matlamatnya untuk terus Mengkhasiatkan Nusa  dan Bangsa.” 

“Hab pembuatan baharu kami akan kalis masa hadapan dengan piawaian  Industri 4.0, menggabungkan teknologi hijau bertaraf dunia dan automasi  dalam semua aspek kilang, selain berupaya memastikan kami berupaya  mengendalikan kemudahan pengilangan dengan kecekapan yang tinggi  dan jejak karbon yang rendah,” tambah Ramjeet. 

DLMI selama ini telah membina pangkalan pelanggan yang setia dan  melancarkan banyak inovasi produk halal yang menarik demi manfaat  rakyat Malaysia, mencipta jenama yang dikenali dan disukai oleh segenap  lapisan generasi, berpandu kepada matlamat yang jelas – Mengkhasiatkan  Nusa dan Bangsa

Ramjeet menambah bahawa DLMI secara konsisten menyokong agenda  kesihatan negara yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, terutamanya dalam  aspek memerangi peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti  tumbesaran terbantut dan obesiti di kalangan kanak-kanak.

“Kehadiran pandemik COVID-19 turut menyerlahkan lagi kepentingan  pemakanan dan imuniti khususnya dalam persekitaran endemik untuk  tahun-tahun yang mendatang. Oleh itu, DLMI sentiasa mencari cara-cara baharu berdasarkan penyelidikan saintifik dan kepengggunaan untuk terus  menyediakan rangkaian produk-produk tenusu yang lebih luas buat rakyat  Malaysia.” 

Kemudahan baharu bertaraf dunia itu akan memacu komitmen jangka  panjang syarikat dengan lebih berkesan untuk terus Mengkhasiatkan Nusa  dan Bangsa, meningkatkan penggunaan susu domestik serta memainkan  peranan penting untuk membantu kerajaan membina industri tenusu  tempatan yang bermandiri, sebagai sebahagian daripada matlamat  Malaysia untuk mengukuhkan agenda keselamatan makanan negara. 

DLMI yang telah wujud di negara ini dan menjadi ikon tempatan sejak  tahun 1963 dan terus hidup berpegang dengan komitmen untuk  Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa dan mewujudkan kesedaran di kalangan  orang ramai tentang bahaya penyakit tidak berjangkit seperti obesiti,  kekurangan zat makanan dan tumbesaran terbantut seperti yang  dilaporkan dalam kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi  (NHMS) 2019 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

DLMI dimiliki oleh syarikat induk Belanda Royal FrieslandCampina sebanyak  51 peratus, yang merupakan salah satu syarikat tenusu terbesar di dunia  dengan sejarah warisan dan kepakaran tenusu Belanda selama 150 tahun.


Kandungan ini disediakan oleh Neruda Communications.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.