Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

KOPETRO hulur sumbangan kepada Bad Indigo & Ashira

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM 7,000.00 kepada pasangan Bad Indigo dan Ashira,bekas peserta Gegar Vaganza 7, hari ini di rumah pasangan tersebut di Petaling Jaya, Selangor. Sumbangan yang ditujukan kepada Sharifah Nur Ashira atau lebih dikenali sebagai Ashira pada asalnya merupakan sebuah tajaan pakej bulan madu bagi meraikan pasangan tersebut. Namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang April sehingga Oktober yang lalu serta keadaan kesihatan Bad Indigo yang tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan,

pasangan ini tidak mampu untuk melancong, maka KOPETRO telah mengambil keputusan untuk menukar tajaan pakej percutian bulan madu mereka kepada sumbangan wang tunai bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, yang ditemui sewaktu menyampaikan cek sumbangan tunai kepada pasangan ini berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban Bad Indigo dan Ashira dalam menanggung kos perubatan Bad Indigo lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang belum lagi mengizinkan mereka untuk menjana pendapatan.

Bad Indigo dan Ashira merupakan bekas peserta Gegar Vaganza 7, telah melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac 2021 dan kemudiannya disandingkan dalam program Gegar Vaganza Raya terbitan Astro pada musim Aidilfitri yang lalu. Mengikut perancangan asal, Bad dan Ashira sepatutnya diterbangkan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam untuk percutian bulan madu mereka, tajaan KOPETRO Travel & Tour, sebuah anak syarikat kepada KOPETRO.

Berpengalaman lebih 35 tahun dalam pengurusan pelancongan dan percutian dengan, KOPETRO Travel mempunyai rakan kongsi di serata dunia, menjadikannya pusat sehenti yang dapat menawarkan pelbagai servis pelancongan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Travel layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut:

KOPETRO Travel:
Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel
Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel


This content is provided by Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Interested in having your announcements on Malaysiakini? Contact the announcements team at [email protected] or whatsapp on +60 17-323 0707 for urgent matters.