Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sama ada kediaman, komersial atau perindustrian, anda boleh mereka masa hadapan anda bersama EcoWorld.

Projek pembangunan EcoWorld baru-baru ini telah melancarkan kempen terbaharu mereka 'Bersama Kita Mereka - Together We Create' yang membawa ke hadapan konsep ciptaan bersama EcoWorld.

Mencipta Hari Esok dan Masa Hadapan adalah usaha kolektif dan EcoWorld bersedia untuk mengambil setiap langkah bersama pelanggan mereka dalam perjalanan untuk mencipta masa depan bersama-sama. Usaha kerjasama ini akan membangunkan gaya hidup, perniagaan dan komuniti yang sepadan dengan aspirasi pelanggan. EcoWorld sangat percaya bukan sahaja dalam pembinaan rumah atau ruang, tetapi melengkapkan gaya hidup dan memupuk semangat komuniti yang berkembang maju dan mampan.

EcoWorld melihat pelanggan mereka sebagai rakan kongsi dalam ciptaan mereka dan ini jelas dapat dilihat dalam konsep reka bentuk dan inovasi hijau EcoWorld yang seiring dengan kehendak dan keperluan pelanggan mereka. Ini kemudiannya akan mewujudkan tempat yang akan memenuhi segala keperluan pelanggan EcoWorld dan orang tersayang mereka serta generasi akan datang.

Setiap produk EcoWorld diilhamkan oleh anda sebagai pelanggan mereka, dan direka dengan teliti untuk mendorong anda untuk mencapai segala aspirasi.

Pada tahun 2020, EcoWorld melancarkan sub-jenama duduk, dengan rumah yang direka khas untuk memenuhi keperluan kumpulan M40, dan membolehkan mereka menikmati infrastruktur yang sangat baik, persekitaran binaan dan kemudahan yang komprehensif dalam perbandaran EcoWorld yang matang.

Bersama Mereka Kehidupan Ceria

Rumah dan ruang EcoWorld direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan berbeza semua generasi, jadi rumah EcoWorld benar-benar merangkumi kehidupan impian dan memenuhi segala minat anda. Ini kerana setiap ciptaan EcoWorld bukan sahaja diilhamkan oleh keperluan dan aspirasi sebenar anda tetapi juga dicipta bersama dengan anda kerana hanya anda yang tahu bagaimana anda ingin hidup.

Dengan mengkaji arah aliran hartanah dan cerapan pengguna, EcoWorld mendapati terdapat keperluan untuk produk yang sesuai bagi pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan ahli keluarga yang ingin tinggal berdekatan antara satu sama lain tanpa perlu tinggal dalam ruang yang sama. Ini telah membawa kepada konsep produk seperti Co-Home dan ErgoHomes.

Co-Home ialah konsep kediaman hybrid setingkat di mana anda boleh memilih untuk membeli sama ada unit tingkat atas atau unit tingkat bawah. Co-Home membantu menangani dua keperluan utama pembeli rumah yang bercita-cita tinggi - gaya hidup rumah dan harga mampu milik. Konsep ini juga menarik kepada keluarga pelbagai generasi yang ingin hidup lebih rapat tetapi tidak bersama.

ErgoHomes, sebaliknya, telah diilhamkan oleh sains ergonomik dan merupakan tempat di mana 'kehidupan komunal menemui perancangan ruang yang cekap'. Konsep susun atur unik ErgoHomes bermakna setiap unit menjadi unit sudut. Konsep ErgoHomes dizahirkan daripada keperluan untuk rumah yang mampu milik tetapi luas.

Kedua-dua produk Co-Home dan ErgoHomes dicipta kerana EcoWorld mendengar keperluan pasaran. Konsep dan idea inovatif rumah ini, sebagai tambahan kepada titik harga yang berpatutan, menarik minat pembeli rumah pertama dan keluarga muda.

Bagi mereka yang meminati rumah dengan lebih kehijauan, EcoWorld juga mempunyai koleksi Garden Homes - rumah inovatif di mana kedua-dua kawasan dalaman dan luaran membawa gaya hidup terbaik untuk residen. Pencinta alam sekitar tentu suka dengan unit Garden Homes di Eco Grandeur yang dilengkapi dengan taman berukur 5* kaki, sesuai untuk Zen Garden atau kawasan bersantai peribadi. Selain itu, Garden Homes di Eco Botanic pula mempunyai anjung gaya hidup seluas 10* kaki yang menawarkan pemandangan taman di depan dan belakang rumah yang menakjubkan, dan boleh diubah menjadi ruang “kerja dari rumah”, kawasan hiburan, kawasan permainan kanak-kanak, malah tempat makan dan BBQ! Setiap rumah mempunyai taman lorong belakang berukur 20* hingga 30* kaki di mana kanak-kanak boleh bermain sepuas hati mereka dengan selamat dan tanpa bimbang kerana ini adalah zon bebas kereta.

Garden Homes kini boleh didapati di Eco Grandeur @ Lembah Klang dan Eco Botanic @ Iskandar Malaysia. Hubungi wakil jualan Eco Grandeur atau wakil jualan Eco Botanic untuk maklumat lanjut.

Keluarga yang lebih besar dan mereka yang suka melayan tetamu akan berpuas hati dengan rumah Semi-D dan Banglo Eco Horizon yang dilengkapi dengan susun atur yang fleksibel dan membolehkan ruang dimaksimumkan. Rumah-rumah di Eco Horizon juga mewujudkan gaya hidup dalaman dan luaran kerana ia didatangkan dengan kawasan hijau peribadi dan taman lorong belakang yang cantik dan luas. Residen Eco Horizon juga akan dapat menikmati keistimewaan kemudahan rumah kelab eksklusif serta kehidupan selamat di presint berpagar dan berpengawal yang dikawal rapi dengan CCTV 360 darjah. Untuk mendapa maklumat lebih lanjut mengenai rumah Semi-D dan Banglo ini yang terletak di Eco Horizon, hubungi wakil jualan Eco Horizon.

Bersama Kita Mereka Komuniti Berkembang Maju

Memandangkan perbandaran EcoWorld sentiasa berkembang, ini memberikan peluang yang baik pada usahawan muda untuk menerokai usaha niaga baharu bersama-sama. EcoWorld percaya bahawa komuniti yang berjaya dibina berdasarkan hubungan yang kukuh demi mencapai matlamat bersama. Ini bermakna EcoWorld adalah rakan kongsi yang ideal dalam mencipta alamat perniagaan anda. Rangkaian perniagaan EcoWorld, ketersambungan, inovasi dan tumpuan pada kemampanan adalah bahan yang anda perlukan untuk membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya. Bersama-sama, EcoWorld dan anda boleh mengembangkan komuniti.

Bersama Kita Mereka Perniagaan Lestari

Bagi para industrialis masa depan, anda akan mendapati bahawa Eco Business Parks (EBP) dari EcoWorld tidak seperti kawasan perindustrian lain dan staf mereka menyediakan one stop solution bagi semua keperluan perniagaan anda. Produk perindustrian hijau mereka, penyelesaian inovatif dan lokasi strategik akan memberi anda kelebihan yang tidak dapat dinafikan dalam perniagaan anda. Bersama dengan EcoWorld, anda boleh memaksimumkan potensi sebenar anda.

Eco Business Park I, sebuah hab perindustrian bersatu di Tebrau telah ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan konsep ruang flexi kepada pengusaha industri dengan kapasiti beban lantai sebanyak 10kN/m2. Ruang yang luas menjadikannya lebih ideal untuk pejabat korporat, kedai runcit, bilik pameran, gudang dan banyak lagi. Setiap unit dilengkapi dengan skylight yang meningkatkan pencahayaan semula jadi sambil membantu mengurangkan kos utiliti. Eco Business Park I juga telah direka bentuk untuk membolehkan pemiliknya mengembangkan lantai mezanin mengikut kehendak mereka untuk memperbesarkan operasi mereka di masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang EBP I dengan menghubungi wakil jualan Eco Business Park I.


BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMULAKAN PERJALANAN ANDA DENGAN ECOWORLD?

Mencari Pakej Rumah Idaman? Atau Pakej Pelancaran Perniagaan? Daftar masuk di sini untuk lokasi EcoWorld pilihan anda dan ambil langkah seterusnya… BERSAMA!


Mengenai EcoWorld

Eco World Development Group Berhad adalah pemaju hartanah tersenarai awam Malaysia dengan sejumlah 20 projek yang sedang dijalankan di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang. Portfolio EcoWorld merangkumi segala jenis hartanah - daripada perbandaran konvensional yang menawarkan konsep rumah yang inovatif kepada tawaran komersial yang menarik. EcoWorld juga merupakan pemaju taman perniagaan hijau dan bersih terbesar di negara. Klik di sini untuk melihat koleksi EcoWorld.

Jenama EcoWorld, yang juga hadir di United Kingdom dan Australia, sentiasa berusaha untuk mengembangkan dan melengkapkan gaya hidup orang ramai. EcoWorld bercita-cita menjadi pemimpin pemikiran dan inovator – sebuah perniagaan bukan tradisional yang menghasilkan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif dan pada masa yang sama, terus mengejar visi EcoWorld untuk Mencipta Hari Esok & Masa Hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang EcoWorld, sila lawati laman web dan halaman Facebook EcoWorld.


Kandungan ini disediakan oleh Eco World Project Management Sdn Bhd

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.