Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Forum Hasanah 2021 membentuk visi bagi Malaysia yang adil dan saksama

Yayasan Hasanah (Hasanah), sebuah yayasan berasaskan impak yang dikendalikan Khazanah Nasional Berhad, akan julung kali menganjurkan Forum Hasanah 2021 pada 17 hingga 18 November 2021.

Forum Hasanah 2021 akan bertemakan ‘Daripada Kebajikan kepada Keadilan - Visi untuk Malaysia yang lebih Adil dan Saksama’ dengan matlamat untuk memacu perubahan sosioekonomi yang konstruktif menerusi kepimpinan fikiran, pemikiran kritis, perbincangan dan kerjasama.

“Pelbagai perancangan dan polisi telah diatur untuk menentukan pemulihan Malaysia pascapandemik bagi membolehkan kita mencapai kemakmuran bersama, meningkatkan keterlibatan dan mengorak langkah ke arah Malaysia yang lebih mampan bagi generasi masa hadapan, selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia. Kita kini melangkah ke musim baharu. Beberapa tatacara perlu berubah selepas hampir 20 bulan dalam kelembapan ekonomi, yang menyaksikan kesan teruk terhadap pelbagai lapisan masyarakat.

“Bagi mengubah situasi keadilan dan kesaksamaan sosial juga memerlukan usaha menyeluruh yang komited. Untuk ini, Forum Hasanah 2021 akan meliputi pandangan daripada pelbagai sektor bagi membolehkan penggerak perubahan mendalami perbincangan masa kini bagi kemajuan bersama yang menyeluruh,” kata Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hasanah

Dato' Shahira Ahmed Bazari Managing (kiri), Kate Raworth (kanan)

Forum Hasanah 2021 akan menampilkan 37 penceramah dan panelis yang terdiri daripada peneraju kepimpinan pemikiran global dan tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat, ahli akademik, pihak kerajaan serta masyarakat prihatin bagi menangani isu-isu utama, mempercepatkan keadilan dan kesaksamaan sosial dan ekonomi di Malaysia.

“Ini adalah peluang unik yang bertepatan bagi semua pihak untuk berhubung dengan isu-isu yang bakal membentuk kita sebagai rakyat Malaysia – berkaitan isu-isu sosioekonomi dan alam sekitar, hak dan maruah, serta peranan institusi dan masyarakat secara keseluruhannya,” jelas Dato’ Shahira.

“Forum ini adalah kesinambungan kepada usaha perkongsian pengetahuan yang sedang kami lakukan sebagai sebuah Yayasan dan melengkapi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dan persatuan kemasyarakatan lain bagi meningkatkan momentum pembangunan negara,” tambah beliau.

Forum Hasanah 2021 akan dirasmikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, Malaysia.

Kemuncak acara termasuk dua Ucaptama oleh Kate Raworth, Ahli Ekonomi dan Penulis buku ‘Doughnut Economics’ dan Ben Phillips, Penulis dan Pendukung keadilan sosial dan kuasa serta penulis buku ‘How to Fight Inequality’.

Selain itu, terdapat lima Perutusan Khas oleh pemimpin berwibawa tempatan yang akan berkongsi pengalaman, analisis dan rangka tindakan untuk naratif keadilan Malaysia. Penceramah terlibat ialah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Tan Sri Nazir Razak, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Tan Sri Dato’ Azman Hj Mokhtar dan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Ben Phillips Campaigner (kiri), Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir (kanan)

Lebih 20 pemimpin masyarakat tempatan, serantau dan global serta pemimpin korporat akan berkongsi pandangan dalam Tiga Sesi Panel Teras - Rakyat & Masyarakat, Rakyat & Institusi dan Rakyat & Kepimpinan - bagi menangani isu memperkasakan tindakan berteraskan masyarakat, perubahan sistemik dan institusi yang kekal serta inovasi dan solusi bagi abad ke-21. Ahli-ahli panel terdiri daripada Professor Jomo Kwame Sundaram, Penasihat Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Khazanah; Leong Cheung, Pengarah Eksekutif Kemasyarakatan & Amal, The Hong Kong Jockey Club; Anshu Gupta, Pengasas GOONJ; Yibin Chu, Ketua Pelaburan dan Pembangunan Komuniti Asia Pasifik, Citi; Jalil Rasheed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation Berhad; Datuk Yasmin Mahmood, Pengerusi Lembaga Pengarah Heriot-Watt University Malaysia, dan lain-lain.

Perbincangan dalam Tiga Sesi Khas - Pandemik, Masa Depan Malaysia dan Ekosistem Perusahaan Sosial & Bukan Berasaskan Keuntungan - akan membincangkan isu-isu yang dihadapi negara dan sedia untuk ditangani bersama. Sesi-sesi ini akan diterajui Professor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman, Professor Perubatan dan Penyakit Berjangkit di Fakulti Perubatan Universiti Malaya; Tharma Pillai, Pengarah Advokasi & Pengasas Bersama, UNDI 18; Shaq Koyok, Artis & Aktivis Orang Asli; Sasibai Kimis, Usahawan Sosial, Earth Heir; dan lain-lain.

Forum ini juga akan menampilkan persembahan pembukaan khas bacaan sajak oleh Sasterawan Negara, Dr Lim Swee Tin, diiringi oleh Wan Khairun Sofea, pemegang biasiswa Yayasan Khazanah dan Kumar Karthigesu, Pengarah Kreatif dan Muzik Temple of Fine Arts.

Majlis penutup akan membawakan persembahan khas Arts for All Seasons (ArtsFAS) oleh Yayasan Sutra, Hands Percussion dan Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA) bagi meraikan kepelbagaian warisan seni di Malaysia. ArtsFAS adalah penambahan terbaharu kepada pelbagai inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan seni oleh Hasanah.

“Sebagai pemangkin perubahan sosial, Hasanah akan terus berusaha sebaik mungkin dalam bidang impak sosial. Forum Hasanah 2021 adalah yang pertama dalam siri ini. Ia akan terus menyumbang kepada platform penting untuk menangani cabaran berdasarkan konteks dalam pembangunan negara ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan progresif,” tambah Dato’ Shahira. 

Forum Hasanah 2021 diadakan keseluruhannya secara maya dan percuma. Layari https://thf.yayasanhasanah.org untuk menempah kehadiran, mendapatkan maklumat lanjut atau agenda menyeluruh forum ini.


Kandungan ini disediakan oleh Yayasan Hasanah.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.