Allianz General, MYC tandatangan MoU untuk menggalakkan perlindungan sosial dalam kalangan belia B40
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Belia Malaysia (MYC) untuk menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan belia B40.
MoU tersebut ditandatangani pada 5 November 2021 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang dan presiden MYC Jufitri Joha. Ia menggariskan sebuah perkongsian komitmen dalam menggalakkan belia B40 untuk mengambil Allianz PerlindunganKu oleh Allianz General dibawah Perlindungan Tenang kerajaan, pelan insurans mampu milik.
Melalui kerjasama ini, belia yang layak untuk Baucar Perlindungan Tenang (PTV), juga sebuah inisiatif kerajaan, digalakkan untuk menggunakan baucar mereka untuk membeli polisi Allianz PerlindunganKu.
“Belia kita harus sedar bahawa memiliki perlindungan insurans yang mencukupi ialah tentang kedayatahanan kewangan dan sosial. Semua orang layak dilindungi, dan mendapatkan perlindungan seumpama melabur untuk diri sendiri. Mereka harus tanya diri sendiri, ‘adakah saya bernilai untuk pelaburan ini?’,” kata Sean.
“Melalui kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia dan dengan produk kami Allianz PerlindunganKu, kami mahu belia kita untuk melihat perlindungan bukan hanya sebagai sebuah kelebihan tetapi sebuah jaringan keselamatan yang boleh dimiliki untuk melindungi mereka dari beberapa kejadian yang tidak dijangka dalam hidup," kata Sean.
Kedua-dua Allianz General dan MYC mensasarkan 500,000 orang belia dari kumpulan B40 untuk mendaftar dengan MYC untuk menebus PTV untuk polisi Allianz PerlindunganKu.
Merujuk kepada kerjasama ini, Jufitri berkata ini akan memanfaatkan peranan MYC; selain dari fokus untuk perkembangan, sukarelawan, patriotisme belia dan membina jati diri belia yang kukuh, MYC juga berbesar hati ramai ahli belia organisasi lain akan menerima manfaat dari program tersebut.
“Pada 2020, kita telah menyaksikan impak pandemik dalam kehidupan kita. Ia juga membimbangkan apabila mengetahui hanya 22% rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Insurans Kesihatan Peribadi seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS). Kami mahu berterima kasih kepada Perlindungan Tenang di bawah inisiatif kerajaan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan B40 untuk memastikan kesihatan mereka diinsuranskan ketika dalam kesukaran. Kami berharap inisiatif ini akan terus memberi manfaat kepada kumpulan B40,” tambah Jufitri.
Selain itu, kerjasama itu juga akan fokus kepada meringankan beban kewangan untuk penjagaan perubatan termasuk sebarang kecederaan akibat kemalangan dan menawarkan perlindungan untuk belia yang bekerja atau sukarela dalam pekerjaan berisiko tinggi seperti mereka yang berkhidmat di pusat pemindahan banjir dan pusat vaksinasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Allianz PerlindunganKu, sila layari allianz.com.my atau klik di sini.
Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai