Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UEM Sunrise memberi bantuan kepada sekolah angkat PINTARnya di Johor melalui sumbangan komputer kepada para pelajar

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, telah mengagihkan 100 buah komputer kepada 10 sekolah angkat PINTARnya yang berhampiran dengan pembangunan induk Iskandar Puteri, Johor, untuk menambahbaik kelengkapan makmal komputer bagi meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar.

Semasa majlis penyerahan yang dianjurkan di pejabat satelit UEM Sunrise di Iskandar Puteri, setiap guru besar dari sekolah-sekolah tersebut telah berkumpul untuk mewakili dan menerima 10 buah komputer untuk sekolah masing-masing.

Sumbangan Syarikat ini akan memberi manfaat kepada 6,500 orang pelajar termasuk SMK Tanjung Adang, SK Tanjung Adang, SK Ladang Pendas, dan SMK Kompleks Sultan Abu Bakar. Ini bukan sahaja untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar mendapat komputer yang lebih canggih untuk mengasah kemahiran digital mereka, tetapi juga mengurangkan beban kewangan sekolah bagi membeli peralatan yang lebih canggih. Majlis penyerahan tersebut turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan sekolah-sekolah angkat PINTAR UEM Sunrise.

“Keperluan untuk menambahbaik makmal komputer sekolah-sekolah angkat PINTAR bagi menggantikan komputer yang lama dengan model yang baru adalah penting kerana ia memupuk kemahiran digital bagi para pelajar yang tidak mempunyai peranti peribadi. Oleh kerana beberapa sekolah sudah mula beroperasi, kami berpendapat bahawa sekarang merupakan masa yang terbaik untuk kami menyerahkan komputer tersebut kepada sekolah-sekolah angkat PINTAR kami,” kata Ketua Pegawai Operasi UEM Sunrise (Wilayah Selatan), Zamri Yusof.

Selaras dengan nilai-nilai jenama UEM Sunrise – C.H.I.E.F, singkatan bagi Caring, Honest, Involved, Enthusiastic, dan Fun-loving, Zamri menambahkan bahawa sumbangan tersebut akan membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada para pelajar melalui pendidikan dan Syarikat dengan berbesar hati terus berusaha untuk memperkayakan komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Guru besar SMK Tanjung Adang, Hajah Noor Hafizah Abd Wahab berasa gembira dengan sumbangan Syarikat ini. “Kami berterima kasih kepada UEM Sunrise yang telah memberi peluang kepada pelajar kami untuk mengembangkan pendidikan mereka. Oleh kerana kecekapan digital merupakan kemahiran yang penting, saya yakin bahawa ini akan memberi kesan positif kepada pelajar kami dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan komputer yang lebih canggih untuk menyempurnakan pelajaran mereka” dia kata.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tiga strategi CSR Syarikat - iaitu ‘Peningkatan Pendidikan’, ‘Penglibatan Komuniti’ dan ‘Pemuliharaan Alam Sekitar’. Program Peningkatan Pendidikan adalah berdasarkan kepercayaan bahawa pendidikan adalah hak asasi manusia dan harus diperluaskan kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira jantina, kaum, agama atau status ekonomi.

Inisiatif ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk matlamat pertama yang bertujuan untuk membasmi segala bentuk kemiskinan dan matlamat keempat yang menjamin pendidikan berkualiti yang inklusif dan adil serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

“Didorong kemajuan yang telah kita laksanakan dalam Pelan Pemulihan Negara semasa wabak Covid-19, kami juga teruja untuk menganjurkan lebih banyak penglibatan yang berkualiti dengan komuniti-komuniti di sekitar pembangunan kami di Johor,” tambah Zamri.

Program Sekolah Angkat PINTAR UEM Sunrise bermula pada tahun 2008 dan merupakan program CSR Syarikat yang paling lama. Program ini telah membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah angkat dan memajukan kualiti pendidikan bagi pelajar-pelajar kurang berkemampuan. Usaha ini dijayakan melalui penerapan inisiatif dan program secara langsung.

Sejak awal tahun ini, UEM Sunrise juga telah menganjurkan sebanyak lapan program CSR termasuk baru-baru ini dengan kerjasama Happy Bank, sebuah pertubuhan kebajikan, untuk mengedarkan barang makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan bersempena Hari Senyum Sedunia; Program Bantuan Keperluan Asas Covid-19 di Lembah Klang; pengagihan barangan keperluan ke Kampung Orang Asal Simpang Arang di Gelang Patah, Johor; sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Anak Yatim Nur Kasih Bestari di Kajang, Selangor bersempena Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan Tahun Baru Cina kepada Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria di Johor.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.