Yeo’s Malaysia labur RM20 juta untuk tingkatkan pengeluaran dan kembangkan bekalan global
Pembungkusan yang dinaik taraf juga bakal menambah baik pengalaman pengguna
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s) telah melaburkan RM20 juta ke arah Barisan Pengeluaran dan Pengisian Combi berkelajuan tinggi (Pengeluaran Combi) untuk memperkukuhkan lagi keunggulannya dalam kategori Minuman Asia, sekaligus memenuhi permintaan produk global dan menambah baik pengalaman pengguna dalam menikmati rangkaian produk Yeo’s.
Pengeluaran Combi, yang pertama di Malaysia, memenuhi komitmen Yeo’s dalam mengotakan azam jenama tersebut untuk ‘Sajikan Kebaikan’ dengan menginovasi kualiti pengeluaran di samping menyuntik nafas baharu dalam reka bentuk dan ciri produknya, agar terus menonjol dan menjadi pilihan pengguna bijak era ini.
Imej di atas: Meneliti produk Yeo’s hasil Pengeluaran Combi yang diperhebatkan dengan ciri mesra pengguna. Encik Samuel Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo Hiap Seng (kiri) bersama Encik Jerson Uy, Ketua Pegawai Eksekutif Yeo’s, Malaysia, Brunei dan Indonesia (kanan)
Teknologi pengeluaran berkelajuan tinggi baharu Yeo’s tersebut bakal mengeluarkan rangkaian produk Combi yang bergaya, berfungsi dan bercirikan kelebihan unggul yang menjadi idaman pengguna. Kini, pengguna cuma perlu memutar dan menuang isi pek, tanpa perlu menanggalkan sebarang lapisan aluminium. Selain itu, reka bentuk yang dinaik taraf ini membawakan pengudaraan yang lebih baik supaya produk mudah dituang tanpa tertumpah. Penutupnya pula boleh kembali ditutup dan kalis tumpah walau dalam apa jua kedudukan penyimpanan, manakala bentuknya memudahkan pek untuk diangkat dan mengelakkannya dari mudah terlepas dari pegangan.
Lantas, rangkaian Combi yang baharu ini akan lebih memudahkan pengguna dan dengan ketara, dapat membezakan produk Yeo’s daripada jenama lain.
Mengulas mengenai pelaburan strategik ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo Hiap Seng, Samuel Koh berkata, “Pembaharuan melalui Barisan Combi berkelajuan tinggi ini membawa banyak potensi untuk jenama dan bisnes kami. Ia meningkatkan kemampuan kami untuk lebih pantas menembusi pasaran dengan inovasi produk baharu yang kini berada dalam perancangan, termasuklah minuman sihat dan berkhasiat untuk masyarakat hari ini yang mengutamakan kesihatan mereka. "
Koh mengulas bahawa pelaburan bernilai RM20 juta yang meningkatkan pengeluaran ini akan dapat mengeluarkan bekalan untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran lain Kumpulan tersebut. "Sebagai sebuah Kumpulan, kami menilai langkah ini dari sudut jangka masa panjang. Justeru, kami percaya bahawa pelaburan ini akan memperkuatkan legasi jenama Yeo’s dan kedudukan hadapannya di pasaran Malaysia, selain memesatkan usaha membangunkan Yeo’s sebagai sebuah Kumpulan," tambahnya.
Sementara itu, Jerson Uy, Ketua Pegawai Eksekutif Yeo’s, Malaysia, Brunei dan Indonesia menjelaskan, “Sehingga kini, barisan pengeluaran baru ini telah mengeluarkan pelbagai minuman Asia Yeo’s yang terkemuka, termasuk susu soya, teh krisantimum dan banyak lagi. Apabila beroperasi dengan kapasiti maksimum, barisan baharu ini dapat melipatgandakan pengeluaran pek minuman 1 liter, yang merupakan fokus pengeluaran Yeo’s buat masa ini. Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk pek keluarga, di mana sebahagian besar permintaan ini didorong oleh perintah pergerakan dan norma baharu bekerja dari rumah. "
Beliau menambah bahawa pelaburan terbaru ini juga akan memerlukan lebih ramai pekerja, sekaligus menyumbang kepada peluang pekerjaan di Malaysia di kala musim wabak yang mencabar ini.
Yeo's kini merupakan No 1 Keseluruhan di Malaysia untuk Segmen Minuman Asia, di bawah Kategori Minuman Asia. Barisan Combi ini dilihat akan memperkukuhkan lagi kedudukan Yeo’s sebagai No. 1 di pasaran.
Manakala di rantau ini secara amnya, Yeo’s sentiasa melabur ke arah menyemai peluang baharu untuk terus berkembang maju. Ini termasuklah berkolaborasi dengan Oatly dari Sweden - syarikat minuman berasaskan oat paling popular dan berkembang pesat di dunia - untuk menghasilkan minuman oat dan membekalkannya ke pasaran di seluruh Asia.
Di samping itu, menyumbang kepada sebahagian visi jangka panjang Yeo’s untuk menjadi syarikat Asia terkemuka yang menawarkan produk makanan dan minuman inovatif dengan kebaikan semula jadi kepada pengguna kami, Yeo’s telah melaburkan US$ 1 juta ke dalam Next Gen Foods Pte. Ltd (NGF). NGF, yang disokong oleh Temasek Holdings Singapura, menjalankan bisnes teknologi makanan berasaskan tumbuhan.
Sebagai sebuah syarikat yang berakar umbi di Malaysia, Yeo's juga telah melancarkan Yeo's Helping Hands, sebuah program Tanggungjawab Sosial (CSR) yang kian memacu usaha syarikat untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Baru-baru ini, dengan kerjasama Yayasan Amal Ng Teng Fong, bantuan makanan bernilai lebih dari RM 1.4 juta telahpun diagihkan kepada kira-kira 40,000 keluarga.
Kandungan ini disediakan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s).
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai