Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

e-EKSPO TVET@KPLB 2021

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (technical and vocational education and training). TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri dan bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB merupakan acara ekspo tahunan yang diadakan melibatkan agensi/ institusi penyedia TVET di Kementerian ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang pendidikan TVET kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/ sekolah yang lebih berminat dalam bidang teknikal dan vokasional. Bermula tahun 2020, sebagai sebahagian daripada norma baharu, Ekspo TVET@KPLB akan diadakan secara dalam talian atau e-Ekspo TVET@KPLB.

Promosi peluang pendidikan TVET ini perlu diteruskan dan diperhebatkan meskipun dalam mod yang berbeza iaitu secara dalam talian, memandangkan bidang TVET adalah antara instrumen yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar khususnya golongan pelajar lepasan SPM/ sekolah dan belia dengan mendapat latihan kemahiran dan teknikal yang disediakan oleh Institusi Pendidikan TVET@KPLB.

Pada tahun ini, Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB secara dalam talian atau dikenali sebagai e-Ekspo TVET@KPLB 2021 akan bersiaran secara langsung dalam talian selama empat (4) hari bermula dari 29 September 2021 (Rabu) hingga 2 Oktober 2021 (Ahad).

e-Ekspo TVET@KPLB 2021 boleh dicapai menerusi dua (2) platform utama iaitu:

(i) Portal e-Ekspo TVET@KPLB 2021 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/) yang juga boleh diakses di laman sesawang Kementerian; dan

(ii) Media sosial rasmi KPLB seperti Facebook (https://www.facebook.com/kplbofficial/), Instagram (kplb_gov), Twitter (kplb_gov), Youtube (KPLB_GOV official) dan TikTok (#kplb).

1.1. Penganjurannya melibatkan kerjasama Institusi Pendidikan TVET di bawah tujuh (7) agensi utama Kementerian ini, seperti berikut:

(i) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);

(ii) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);

(iii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);

(iv) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);

(v) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);

(vi) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH); dan (vii) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Tentatif e-EKSPO TVET@KPLB 2021

Tentatif ekspo adalah seperti berikut:

(i) Tarikh: 29 September 2021 (Rabu) – 2 Oktober 2021(Sabtu) (ii) Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang

(iii) Platform: Portal e-Ekspo TVET@KPLB 2021/ Facebook Live dan Media sosial rasmi KPLB

(iv) Majlis Perasmian (29 September 2021): Ucapan Pembukaan oleh Ketua Setiausaha KPLB dan Ucaptama oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar

(v) Sesi Penutup (2 Oktober 2021): Ucapan Penutup oleh YB Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar

Majlis Perasmian e-Ekspo TVET@KPLB 2021 akan diadakan pada 29 September 2020 jam 9:00 pagi - 10:00 pagi secara dalam talian yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. Ianya akan diadakan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sasaran pengunjung portal dan media sosial rasmi sepanjang e-Ekspo TVET@KPLB 2021 ini berlangsung adalah seramai 80,000 orang pengunjung, selaras dengan performance indicator Kementerian yang ditetapkan.

Pengisian e-EKSPO TVET@KPLB 2021

Tema e-Ekspo TVET@KPLB Tahun 2021 adalah Pilihan Kemahiran Anda (dengan hashtag #PilihanKemahiranAnda dan #SayaBudakTVET).

Penganjuran e-Ekspo ini akan disertai oleh semua Institusi TVET@KPLB yang memfokuskan pengisian kepada lima (5) komponen utama seperti berikut:

(i) Pameran digital secara dalam talian

Pameran dan informasi mengenai setiap Institusi mengenai program/ kursus/ bidang pengajian yang ditawarkan serta pautan permohonan pengambilan dan lain-lain berkaitan.

(ii) Forum dan seminar live/ rakaman

Program forum dan seminar live/ rakaman oleh speaker/ pakar/ alumni daripada setiap Institusi/ agensi/ industri terlibat yang akan memfokuskan kepada tema/ topik menarik mengenai TVET semasa pandemik, success stories, Ikon TVET, kerjaya/ skil dalam bidang TVET kolaborasi industri dan bidang kemahiran (pertanian/ perladangan/ kostum/ masakan/ landskap.

(iii) Video-video live/ rakaman program/ aktiviti latihan kemahiran Pemaparan siaran video live/ rakaman program/ aktiviti menarik dalam pelbagai bidang latihan kemahiran terpilih, contohnya seperti automotif, kulinari, landskap, kostum, pertanian, perladangan untuk memberikan gambaran mengenai keistimewaan aktiviti kemahiran yang ditawarkan di setiap Institusi.

(iv) Sesi khidmat nasihat interaktif

Sesi khidmat nasihat secara interaktif mengenai peluang pendidikan/ panduan bidang pengajian/ urusan pengambilan/ pembiayaan/ kerjaya dalam bidang TVET dan lain-lain.

(v) Majlis Perasmian

Majlis Perasmian e-Ekspo ini akan disempurnakan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.