Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

CBP Tawar Produk Pembiayaan Untuk Sektor Koperasi dan Korporat

Bermula sebagai sebuah koperasi kecil di Kampung Pertama, Pulau Pinang pada tahun 50-an, Co-opbank Pertama (CBP) amat memahami kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh sektor koperasi dan juga sektor korporat dalam misi untuk menambah pendapatan organisasi.

Selain daripada menawarkan pelbagai produk untuk persendirian seperti simpanan, pajak gadai Islam Ar-Rahnu dan pembiayaan persendirian, CBP juga turut menawarkan produk-produk pembiayaan yang kompetitif untuk sektor koperasi dan juga korporat di negara ini.

Pembiayaan patuh Syariah yang ditawarkan CBP ini dilihat mampu untuk membantu koperasi dan juga sektor korporat untuk mengembangkan lagi perniagaan dan juga menambah modal syarikat atau koperasi. Antara produk yang ditawarkan CBP untuk pembiayaan koperasi dan korporat ini termasuklah Pembiayaan Pemfaktoran-I, Pembiayaan Kredit Pusingan-i dan Pembiayaan Berjangka-i.

Bagaimanapun, terdapat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh sektor koperasi, syarikat milikan tunggal dan perkongsian, syarikat sendirian berhad, syarikat berhad dan syarikat perkongsian liabiliti terhad.

Pembiayaan Berjangka-i

Terdapat empat (4) jenis pembiayaan di bawah Pembiayaan Berjangka-i ini termasuklah :

Pembiayaan Kredit Pusingan-i

Terdapat dua (2) jenis pembiayaan di bawah Pembiayaan Kredit Pusingan-i ini iaitu :

Pembiayaan Pemfaktoran-i

Kepelbagaian produk pembiayaan yang ditawarkan oleh CBP kepada koperasi dan juga korporat ini menunjukkan bahawa CBP sentiasa menawarkan produk pembiayaan yang diperlukan oleh koperasi dan juga syarikat korporat bagi memastikan perjalanan organisasi tersebut tidak terjejas dan ianya dapat membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan dan operasi dengan kadar keuntungan yang minimum.

Bagi syarikat korporat atau koperasi yang ingin mendapatkan pembiayaan menerusi produk-produk yang ditawarkan CBP boleh layari www.cbp.com.my atau emel ke [email protected] menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 03 26927650 (sambungan : 1510/1507/1506). CBP mempunyai 28 cawangan di seluruh negara.


Kandungan ini disediakan oleh Co-opbank Pertama (CBP)

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.