Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Allianz Malaysia diiktiraf MSWG untuk kecemerlangan dalam pendedahan tadbir urus korporat

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri dan Pendedahan Tadbir Urus Korporat (CG) untuk perkhidmatan kewangan di Anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad (MSWG) baru-baru ini.

Sebanyak 851 buah syarikat tersenarai awam (PLC), tidak termasuk syarikat yang disenaraikan dalam Pasaran LEAP serta syarikat PN17 dan GN3 telah dinilai berdasarkan Kad Skor CG ASEAN yang menggunakan dua tahap pemarkahan untuk menilai pelaksanaan asas tadbir urus korporat yang baik. Penilaian untuk tahun 2020 adalah berdasarkan maklumat yang boleh diakses dan tersedia kepada umum dalam laporan tahunan, laporan CG, dan laporan kelestarian yang dikeluarkan untuk tahun kewangan yang berakhir antara 30 April 2019 dan 31 Mac 2020.

Allianz Malaysia berada ditangga keenam antara 100 syarikat terbaik untuk pendedahan CG dan ketiga dibawah sektor perkhidmatan kewangan.

“Kami sangat menghargai pengiktirafan oleh MSWG – anugerah-anugerah tersebut melengkapi usaha-usaha yang dilakukan pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah syarikat, ia juga penting untuk terus berkembang dan selaras dengan tuntutan CG. Matlamat sebenar kami kekal untuk terus komited dalam mengamalkan integriti, pertanggungjawaban, dan ketelusan di tahap tertinggi dalam laporan CG yang selari dengan menghasilkan perkembangan yang menguntungkan dan lestari untuk mana-mana organisasi,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia.

Kategori-kategori anugerah adalah Anugerah Kecemerlangan untuk Pendedahan CG; Anugerah Kecemerlangan untuk Pendedahan CG – Permodalan Pasaran Bawah RM1 bilion; Anugerah Kecemerlangan Industri; Anugerah Merit untuk Pendedahan CG yang Paling Diperbaiki; dan Anugerah Merit untuk Syarikat yang Baharu Disenaraikan dengan 52 buah trofi dianugerahkan kepada 38 buah PLC.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenari Anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020, layari mswg.org.my/asean-cg-2020.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.